Diminta Hantar Makanan Ke Balai Polis, Pelanggan Rupa-Rupanya...
Gempak
22/08/2024 14:55 MYT
22/08/2024 14:55 MYT
Seorang penghantar makanan Thailand menempuh detik seram apabila menerima pesanan daripada seorang pegawai polis yang sudah meninggal dunia.
Katanya kejadian aneh bercampur seram berlaku pada jam 7.30 petang pada 19 Ogos lalu.
Menceritakan lanjut, dia menerima pesanan daripada seorang lelaki yang memaklumkan dia pegawai polis di Balai Polis Pakkret di wilayah Nonthaburi, Bangkok.
Pelanggannya memintanya membeli enam botol air dan dua cawan kopi serta menghantarnya ke balai polis tersebut.
Sebaik tiba, Suttinai memaklumkan kepada pegawai di balai polis tersebut bahawa dia diminta untuk menghantar barang-barang yang dipesan seorang pegawai polis.
Selepas beberapa minit, pegawai tersebut tidak munculkan diri, dia memutuskan untuk meninggalkan pesanan itu di luar balai.
Selepas itu dia baru mengetahui bahawa pegawai polis yang memesan minuman itu sudah meninggal dunia pada Februari lalu akibat kanser paru-paru.
Suttinai menyoal lebih lanjut dengan pegawai polis lain dan mendapati sebenarnya dia bukan penghantar makanan pertama yang berdepan kejadian seram itu.
Sebelum ini, seorang lagi penghantar makanan menghantar enam botol air dan kopi ke stesen dalam keadaan yang sama.
Sumber: Sinar Harian
Terima Pesanan
Suttinai Khamchuen, 30 tahun yang berkongsi pengalaman di Channel 7 bahawa dia melakukan dua pekerjaan iaitu penyelamat sukarela dan penghantar makanan dari syarikat Bolt.Katanya kejadian aneh bercampur seram berlaku pada jam 7.30 petang pada 19 Ogos lalu.
Menceritakan lanjut, dia menerima pesanan daripada seorang lelaki yang memaklumkan dia pegawai polis di Balai Polis Pakkret di wilayah Nonthaburi, Bangkok.
Pelanggannya memintanya membeli enam botol air dan dua cawan kopi serta menghantarnya ke balai polis tersebut.
Sebaik tiba, Suttinai memaklumkan kepada pegawai di balai polis tersebut bahawa dia diminta untuk menghantar barang-barang yang dipesan seorang pegawai polis.
Selepas beberapa minit, pegawai tersebut tidak munculkan diri, dia memutuskan untuk meninggalkan pesanan itu di luar balai.
BERITA TRENDING: Buang trauma, Cut Intan Bawa Anak Ubati Mental
BERITA TRENDING: Gara-Gara Potong Kenderaan Polis, Lelaki Teruk Ditampar
BERITA TRENDING: Disangka Mati, Isteri Terkejut Suami Pulang Ke Rumah
BERITA TRENDING: Didakwa Curang, Isteri Pemain Bola Sepak Indonesia Azizah Salsha Tampil Jernihkan Keadaan - "Rumah Tangga Kami Dalam Keadaan Baik..."
Pada keesokan harinya, Suttinai yang tidak berpuas hati menelefon balai tersebut dan meminta pegawai polis lain menyemak nama pelanggan yang memesan minuman dengannya.Selepas itu dia baru mengetahui bahawa pegawai polis yang memesan minuman itu sudah meninggal dunia pada Februari lalu akibat kanser paru-paru.