,
Laman Utama

Dini Schatzmann & Janna Nick Bakal Pindah Ke Rumah Baharu - “Kami Perlu Bekerja Keras Sebab Duit…”

Asyikin Mayudin
13/08/2023
09:50 MYT
Dua bulan bergelar suami isteri, pelakon Dini Schatzmann dan aktres Janna Nick bakal berpindah ke kediaman baharu mereka di Kuala Lumpur pada sekitar penghujung bulan Ogos.
Dini atau nama lengkapnya Dini Azan Schatzmann, 28, berkata, dia dan isterinya perlu bekerja keras memandangkan sudah berhabis duit ketika majlis pernikahan mereka pada Jun lalu.
Pelakon berdarah kacukan Melayu-Switzerland itu memberitahu, dia kini perlu bekerja keras kerana telah banyak berhabis ketika majlis pernikahannya pada Jun lalu.
“Fokus sekarang, selain berpindah ke rumah baharu, saya dan Janna perlu bekerja keras sebab duit dah banyak keluar ketika berkahwin.
“Jadi sekarang masa untuk kembali bekerja keras. Insya-Allah selepas ini akan ada cahaya mata pula. Semua itu memerlukan duit,” katanya.
Dini ditemui semasa sidang media dan tayangan perdana filem Malbatt: Misi Bakara yang diadakan di GSC Cinema IOI City Mall 2, Putrajaya baru-baru ini.
Dalam pada itu, Dini turut memberitahu tidak banyak perubahan yang berlaku pada dirinya selepas bergelar suami memandangkan dia dan juga Janna menjalani kehidupan seperti biasa.
“Apa yang berubah, bila balik rumah kami akan meluangkan masa bersama-sama. Bangun pagi, ada isteri di sisi. Selepas berkahwin, kami pun tidak merancang untuk memperlahankan kerjaya seni masing-masing,” jelasnya.
Terdahulu, Dini dan Janna sah bergelar suami isteri dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di Masjid Aisyah di Pulau Langkawi, Kedah pada 10 Jun lalu.
BACA SINI: "Saya Nak Anak Zodiak Libra" - Janna Nick Sedia Jadi Ibu, Rancang Ada Zuriat Tahun Depan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Janna Nick Percaya Hanya Allah Penentu Rezeki Anak, Walau Mampu Buat IVF - "Kalau Allah Kata Tak Jadi, Maka”

gempak
07/11/2024
15:25 MYT
Jelas Janna, mempunyai wang yang banyak dan mampu untuk membuat rawatan In Vitro Fertilisation (IVF) tidak menjamin baginya untuk mendapat zuriat.
Hiburan

Ikut Petua Orang, Janna Nick Pernah Minta Nabila Razali Pijak Ibu Jari Kaki - "Saya Terdesak Nak Baby"

gempak
06/11/2024
18:55 MYT
Penyanyi, Nabila Razali memberikan kata-kata semangat buat aktres, Janna Nick yang meluahkan rasa kecewa selepas menerima komen jahat netizen yang menuduh suaminya iaitu aktor Dini Schatzmann terlebih hormon perempuan.
Hiburan

Terkesan Dengan Video Janna Nick, Aprena Manrose Minta Hormati Privasi Soal Zuriat - “Lapan Tahun Tahan Dengan Mulut Orang”

gempak
06/11/2024
03:55 MYT
Aprena atau Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 31, meluahkan rasa kecewanya itu pada satu hantaran di Instagram Story, pada Selasa.
Hiburan

Sarimah Ibrahim Titip Pesanan Untuk Janna Nick, Anggap Perjalanan Nak Jadi Ibu Adalah Unik - “Saya Berumur 41 Tahun Ketika…”

gempak
06/11/2024
01:55 MYT
Pelakon Che Puan Sarimah Ibrahim turut memberi kata-kata semangat kepada pasangan selebriti Janna Nick dan suaminya, Dini Schatzmann yang terkesan dengan komen negatif netizen melibatkan zuriat.
Hiburan

Luahan Janna Nick Buat Ramai Rakan Selebriti Sebak - “Mulut Orang Memang Jahat, Tolong Kuat & Teruskan Berdoa"

gempak
06/11/2024
01:25 MYT
Video pelakon Janna Nick meluahkan rasa sedih apabila menerima komen netizen yang menuduh suaminya iaitu aktor Dini Schatzmann terlebih hormon perempuan turut membuatkan rakan selebriti berasa sebak.
Unitar