Viral
Dipaksa Makan Najis Sendiri & Disimbah Air Panas Berulang Kali, Ini Jenis Penderaan Yang Diterima Adik Bella
Kisah penderaan seorang kanak-kanak istimewa, Adik Bella telah menggemparkan seluruh rakyat Malaysia. Masakan tidak, anak yang tidak tahu apa-apa itu diperlakukan dengan kejam sehingga menyebabkan kecederaan yang teruk pada seluruh badan.
Hal ini mencetuskan amarah dalam kalangan netizen, lebih-lebih lagi apabila sebuah hantaran status Facebook yang dibuat oleh sebuah akaun viral di media sosial sejak semalam.
Menerusi hantaran berkenaan, saksi pada kejadian dera menjelaskan dengan lebih terperinci berkenaan dengan proses dera terhadap kanak-kanak yang menghidap Syndrome Down itu.
“Saksi kata tertuduh suka simbah air panas dekat Bella. Lebih kurang lima kali tertuduh buat begitu kepada Bella. Guna cawan Ikea simbah. Bella akan menggelupur dan tertuduh akan happy. Tertuduh juga suruh penghuni rumah dia ambil air panas dengan cawan Ikea simbah Bella juga. Kalau tak buat, tertuduh akan belasah diorang pula.
“Ketika itu, Bella dibogelkan. Bella menggelupur lemah, minta tolong dan keletihan. Tertuduh larang orang lain tolong Bella. Ada satu kejadian, penghuni rumah diarahkan mengikat Bella. Tertuduh datang siram air panas di belakang badan Bella,” tulisnya.
Dalam pada itu, kejadian simbah air panas masih diteruskan sehingga badan Bella busuk dan bernanah. Lebih menyayat hati, Bella dipaksa makan najisnya sendiri.
“Tertuduh suruh Bella ambil najis dia makan. Mula-mula Bella taknak, tertuduh ugut nak letak cili dekat luka-luka dia. Bella pun makan,” tulisnya lagi.
Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut akaun berkenaan melahirkan rasa kurang senang, marah dan terkejut dengan penderaan yang dialami oleh Bella.
“Astaghfirullahal'azim! Kenapa kejam sangat pada Bella? Dia budak istimewa, insan lemah tak berdaya. Memang syaitan sungguhlh si buntal. Sakitnya hati baca. Lagi sakit Bella yang menanggung. Ya Allah Ya Tuhanku kau berilah balasan pada si pelaku yang zalim tu. Takda perikemaknusiaan langsung. Celakalah hidup kau si buntal!,” ujar seorang netizen.
“Allahuakbar… apalah dosa anak syurga ni sampai diperlakukan sebegitu… semoga Allah beri balasan setimpal dan lebih sakit kepada si pelaku,” ujar seorang lagi netizen.
Terdahulu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Lumpur menyita sebuah rumah kebajikan yang terbabit dalam siasatan kes penderaan Adik Bella.
Pengarahnya, Che Samsuzuki Che Noh berkata, tindakan tersebut dilakukan susulan laporan berkaitan kes membabitkan remaja berusia 13 tahun berkenaan, yang dipercayai didera di rumah itu. Menurutnya, rumah kebajikan itu didapati tidak berdaftar dengan pihak JKM.
Sumber: Facebook Bomoh Bursa
Must-Watch Video