Laman Utama
Alif Satar Beri Cadangan Untuk Modul PLKN Baharu - “Masukkan Training Renang, Kayuh Basikal & Lari”
Selebriti terkenal Alif Satar melahirkan rasa teruja apabila kerajaan mengumumkan bersetuju untuk meneruskan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dengan kerangka yang baharu.
Alif menerusi hantaran di laman Instagram turut mencadangkan agar diwujudkan sesi latihan berenang, kayuh basikal dan lari untuk memupuk lagi semangat patriotisma.
“Dengar kata PLKN is back? Kalau modul PLKN kali ni masukkan training renang, kayuh basikal dan lari mesti best GILA!
“Semangat training dengan komuniti kecil kat kem tu boleh memupuk semangat patriotisma secara tak langsung semua lapisan bangsa dan latar belakang, susah senang sama-sama.
“Apa macam, apa korang rasa? mesti jadi punya ah!” kata Alif.
Pada perkongsian yang sama, Alif turut memberitahu dia juga pernah menjadi pelatih khidmat negara selama tiga bulan di kem Princess Haliza.
“Dulu aku duduk di kem Princess Haliza selama tiga bulan jadi pelatih ‘KHIDMAT NEGARA’. Jangan stop ‘berkhidmat’ di kem saja, kena teruskan khidmat kepada komuniti tak kira dalam apa jua bidang korang.
“Sebab kita la WIRA WIRAWATI HARAPAN BANGSA!” ujarnya lagi.
Terdahulu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, PLKN yang akan dilaksanakan kali ini akan dibuat di kem tentera dan ia tidak akan mengambil masa lama seperti dahulu.
Malah menurutnya lagi, pihaknya tidak mahu mengikut kerangka yang lama kerana PLKN sewaktu itu dilihat seperti kem musim panas.
Must-Watch Video