Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Dipuji Michelle Yeoh, Zii Jia & Aaron Chia-Soh Wooi Yik Dijanjikan SUV Oleh Chery Malaysia

Maliah Surip
06/08/2024 01:48 MYT
Kejayaan yang dilakar dari kem badminton negara pada Olimpik Paris 2024 terus mendapat perhatian.

Pasangan beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia bukan hanya dipuja peminat sukan tetapi turut mendapat perhatian daripada figura terkenal.

BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Hadiahkan Pingat Gangsa, Lee Zii Jia Dedah Lalui Detik Hitam - “Saya Diamkan Diri Meskipun Mereka Aibkan Saya..”

Ini termasuklah aktres Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh yang turut melahirkan rasa bangga dan berkongsi kegembiraan dengan pencapaian kontinjen negara khususnya skuad badminton yang meraih dua pingat gangsa dalam kejohanan Sukan Olimpik Paris 2024.

Michelle, 61, memuat naik ucapan tahniah kepada ketiga pemain yang telah melakar kecemerlangan di kejohanan sukan terbesar dunia itu.

“Tahniah Lee Zii Jia kerana memenangi (pingat) gangsa dalam acara badminton perseorangan lelaki. Teruskan pasukan Malaysia!” kata Michelle dalam hantaran yang didedikasikan kepada Zii Jia di akaun media sosialnya.

A post shared by Michelle Yeoh 楊紫瓊 (@michelleyeoh_official)


A post shared by Michelle Yeoh 楊紫瓊 (@michelleyeoh_official)


Selain mendapat kata-kata semangat, mereka juga bakal mendapat habuan pertama susulan meraih pencapaian membanggakan tersebut.

Sebuah jenama kenderaan, Chery Malaysia mengumumkan ketiga-tiga atlet negara itu akan membawa pulang sebuah kereta utiliti sukan (SUV) Chery Tiggo 7 Pro sebagai salah satu ganjaran selepas mencipta kejayaan mengukir nama dalam temasya berprestij itu.

A post shared by Chery Malaysia (@chery.malaysia)



Dalam masa sama, Chery Malaysia turut menjanjikan tawaran kepada mana-mana atlet yang memenangi pingat emas pertama dalam sejarah negara akan menerima SUV Chery Tiggo 8 Pro, lapor Stadium Astro.

BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Hasrat Tercapai, Lee Zii Jia Bawa Pulang Pingat Gangsa Kedua!

BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Netizen Terharu, Ucap Terima Kasih Pada Aaron Chia & Soh Wooi Yik - “Bendera Malaysia Berkibar Jua Di Bumi Paris”

BERITA TRENDING: Pertarungan ‘Gila’, Lee Chong Wei Anggap Aaron Chia & Soh Wooi Yik Hero Negara - “Game Yang Patut Kalah Tapi Gandingan Lelaki Sejati Melaka-KL Ini…”

#Michelle Yeoh #Malaysia #badminton #Paris #SUV #Olimpik #Lee Zii Jia #Aaron Chia #Soh Wooi Yik #Chery