Pelakon Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) mengaku masih 'dihantui' karakter depresif Angel dari filem Surat Kecil Untuk Tuhan (SKUT) biarpun sudah tiga bulan berlalu.
Katanya, dia masih terbawa-bawa kesunyian dan tekanan hidup yang dirasai watak tersebut yang berdepan dengan masalah sosial yang berleluasa di Indonesia iaitu golongan gelandangan dan peminta sedekah.
"Semua orang tahu saya seorang individu yang ekstrovert, out going dan happy-go-lucky. Tetapi filem ini memaksa saya berubah menjadi seorang yang berlawanan daripada sifat semula jadi saya.
"Watak Angel dalam filem SKUT antara karakter yang tidak akan saya lupakan! Emosi yang saya bawakan dalam filem ini larut dalam diri hingga sekarang pun masih susah untuk buang.
"Ketika awal penggambaran pada bulan April lalu saya memberitahu suami saya Ashraf agar bersedia sekiranya melihat perubahan dalam diri saya.
"Ya, memang kami rasai perubahan itu apabila watak itu masuk dalam diri saya. Mujurlah keluarga saya sangat memahami," katanya yang ditemui pada majlis tayangan perdana SKUT di Kuala Lumpur baru-baru ini.
SKUT menceritakan kehidupan dua beradik Angel dan Anton yang terpaksa menjadi anak gelandangan yang perlu meminta sedekah selepas kematian orang tua mereka.
Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi mereka apabila dijaga oleh Om Rudi, seorang ketua sindiket pemerdagangan organ kanak-kanak.
Filem SKUT sudah ditayangkan di Indonesia sejak 25 Julai lalu dan mendapat sambutan luar jangka di negara republik itu.
Selain BCL, SKUT yang diadaptasi daripada novel karya Agnes Danovar itu turut dibintangi Joe Taslim, Aura Kasih dan dua pelakon kanak-kanak Bima Azriel dan Izzati Khanza.
SKUT akan mula ditayangkan di Malaysia pada 3 Ogos 2017.
Teks oleh: Amri Hassan
Amri Hassan
Mon Jul 31 2017
Aaron Aziz Enggan Ulas Kontroversi Aliff Aziz - “Saya Harap Masalah Itu Tak Jejaskan Peluang…”
Aaron harap isu itu tak jejas peluang orang lain.
Undian Dibuka, Lee Weng Foong, Aliff Ahmad, Saharuddin Amirullah & Aleeya Zailan Calon Wonda Coffee Keluang Man Of The Month!
Undian bagi kategori Wonda Coffee Keluang Man Of The Month telah pun dibuka secara rasmi kepada umum.
Majikan Beri 10 Hari 'Cuti Sedih' Setahun - "Mereka Boleh Berehat... Tenangkan Perasaan"
Sekiranya anda salah seorang pekerja di pasar raya Fat Dong Lai di China, anda layak mendapat 'cuti sedih' selama 10 hari dalam tempoh setahun.
Influencer Kena Kecam Pakai Mentega Jadi Asas Solekan - "Ia Beri Kemasan Seperti Kulit Berembun..."
Seorang pesohor media sosial mengundang kontroversi kerana menggunakan mentega sebagai bahan asas solekan, lapor laman berita Wion News.
Seluar Jeans Bertompok Macam Kesan Kencing Dijual RM3,871
Sebuah jenama fesyen mewah memperkenalkan rekaan seluar jean yang kelihatan seperti mempunyai kesan tompokan air kecil di bahagian hadapan
Gagal Dua Kali Perkahwinan, Sharifah Sakinah - “Sudah Tentu Ada Baik Buruknya…”
Setiap perkahwinan ada cabarannya.
Madinah Dilanda Bah, Jalan & Sekolah Ditutup
Bahagian Utara Arab Saudi dilaporkan berdepan bencana alam teruk apabila dilanda bah akibat hujan lebat sejak Isnin. Menerusi laporan NewArab.com, Pusat Meteorologi Kebangsaan Saudi (NCM) menutup jalan raya dan sekolah selepas banjir kilat melanda wilayah Al-Ula dan Madina. Rakaman Sky News dan foto yang beredar di media sosial menyaksikan banyak
"Rasa Seperti Satu Penghinaan" - Riezman Khuzaimi Terkilan, Terima Tawaran Berlakon Serendah RM150 Sehari
Pelakon Riezman Khuzaimi turut terkesan apabila pernah menerima tawaran berlakon serendah RM150 sehari daripada produksi tempatan.
Hampir Mati! David Teo Dakwa Disihir Keluarga Terdekat - "Ustaz Kata Individu Itu Hantar Lintah Ke Dalam Badan"
Penerbit terkenal tanah air, David Teo mendakwa pernah disihir oleh ahli keluarga sendiri sehingga hampir meragut nyawanya. Menurut David, simptom-simptom dirinya disihir berlaku selepas menghadiri majlis pengebumian mendiang bapanya di Segamat, Johor, enam tahun lalu. "Dua minggu selepas balik dari Segamat, saya mula tak dapat tidur dan pening
Sheriff: “Selepas Lebih 10 Filem, Dapat Juga Merasa Trending” - Syafiq Yusof
Alhamdulillah, tahniah Syafiq.