Disebabkan Bosan, Lelaki Ini Cuci Tandas Di Stesen MRT
Gempak
04/03/2024 04:55 MYT
04/03/2024 04:55 MYT
Tindakan seorang lelaki yang mencuci tanda di sebuah stesen MRT meraih pujian dalam kalangan pengguna platform X.
Menerusi perkongsian di platform media sosial berkenaan, lelaki tersebut berkata, dia mencuci tandas berkenaan kerana lantainya yang dikatakan ‘bersabun’.
Lelaki itu turut menjelaskan yang dia tidak berniat untuk meremehkan kerja-kerja tukang cuci stesen berkenaan. Katanya, dia berbuat demikian kerana berasa bosan.
Tambahnya, sesiapa sahaja boleh mengikuti apa yang dilakukan. Asalkan setiap pengguna tandas membersihkan tandas setiap kali selepas digunakan.
Hantaran lelaki itu menerima pujian dalam kalangan netizen. Ada juga secara berseloroh mencadangkan supaya RapidKL melantik individu berkenaan sebagai duta.
Sumber: Platform X