Satu rakaman video yang menampilkan seorang wanita mengamuk memarahi pemandu bas MRT viral di platform X.

Menerusi video tersebut, difahamkan wanita terbabit berang kerana pemandu bas berkenaan, yang juga seorang wanita tidak membuka pintu sungguhpun bas dalam keadaan berhenti.

BERITA TRENDING: Lelaki Mengamuk Tak Dapat Naik ‘Flight’ 10 Minit Sebelum Berlepas, Netizen ‘Back Up’ Staf Penerbangan - “Sendiri…"

“Kau ingat kau sorang je boleh record? Aku record tadi waktu kau berhenti lama-lama tepi jalan tu. Saya scan to ride. Just because I use public transport, korang buat tepi-tepi jalan macam ni? Korang rendahkan public transport macam ni ke?” katanya dalam keadaan marah.

Pemandu bas tersebut kemudian membalas: “Dia ada masa nak masuk MRT. Ada time berlepas, ada time masuk MRT,” tuturnya lembut.

Tidak berpuas hati, wanita itu membalas: “Eh, saya bukan naik bas ni first time lah. Mana ada orang berhenti-berhenti waktu time orang kosong macam tu? Bagi saya customer service punya nombor. Bagi saya tanya, saya call bos awak,” katanya.

Melihat pada komen yang ditinggalkan, ramai memihak pada pemandu tersebut.





Sehingga artikel ditulis, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh MRT mengenai video yang tular itu.

BERITA TRENDING: Netizen Dedah Perangai Panas Baran BCL Yang Pernah Mengamuk Berebut Mihun Depan Tiko​