Laman Utama

Disebabkan Busuk Hati, Anak Sanggup Boikot Mak Sendiri? Gossip Girl Indonesia Makin Drama!

gempak
Hanafis Haris
07/03/2022
09:37 MYT
Sponsor Banner
Disebabkan Busuk Hati, Anak Sanggup Boikot Mak Sendiri? Gossip Girl Indonesia Makin Drama!

Pengakhiran episod empat Gossip Girl Indonesia pada Isnin lalu mencetuskan pelbagai elemen yang tidak dijangka-jangka.

Bermula dengan keakraban Serena dan Blair yang kembali menjadi rakan baik, siapa sangka kedua-dua mereka mula bertikam lidah.

Semuanya gara-gara Serena yang dikatakan ‘merampas’ tugas model Blair untuk menggayakan koleksi fesyen terbaru ibunya.

Pun begitu, plot twist mula terjadi apabila kedua-dua mereka bergabung memboikot koleksi fesyen tersebut.

Malah, ibu kepada Blair hampir ‘berputih mata’ apabila kesemua koleksinya lesap.

Dalam pada itu, penonton juga masih menantikan apa yang bakal terjadi pada hubungan Danny dan Serena.

Bilakah mereka akan betul-betul menjalikan hubungan? Nantikan episod lima yang ditayangkan di On Demand serta Astro Citra, saluran 108 setiap hari Isnin, jam 9 malam.

Untuk makluman, Gossip Girl Indonesia membawakan cerita tentang remaja dari keluarga golongan sosialit, Serena Darsono yang bersahabat baik dengan Denny Hakim, Jenny Hakim, Blair Hadiningrat, Vanessa, Nathaniel Siregar, dan Chicco Salim. Serena merupakan gadis popular di sekolahnya dan telah menghilangkan diri tanpa khabar berita.

Sejak itu, sahabat baik Serena iaitu Blair telah mengambil tempat Serena. Apabila Serena kembali, kedua-dua mereka dilihat baik, namun hakikatnya tidak dan tercetus persengketaan. Dalam pada itu, gerak-geri mereka telah diawasi oleh akaun Instagram terkenal @GossipGirl.Indo.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live