,
Hiburan

Disindir Guna Kenderaan Mewah, Netizen Backup Raja-Raja Melayu - “Takkan Nak Pakai Myvi Kuning Pula”

Hanafis Haris
26/10/2020
02:53 MYT
Semalam, dunia media sosial digemparkan dengan berita mengenai kemunculan beberapa kenderaan rasmi yang membawa Raja-Raja Melayu tiba di Istana Negara, petang semalam .
Difahamkan, kesemua itu tiba bagi menghadiri pertemuan khas antara Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah bersama Raja-Raja Melayu.
Menerusi laporan Astro Awani, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, antara yang dilihat berangkat ke Istana Negara pada Ahad.
Menurut sumber, pertemuan itu akan membincangkan beberapa cadangan yang dipersembahkan oleh kerajaan terutamanya mengenai penularan COVID-19.
Namun, dalam pada ramai yang bertanyakan tujuan sebenarnya pertemuan Raja-Raja Melayu itu, ada juga yang mempersoalkan jenis kenderaan digunakan pihak istana.
Untuk makluman antara jenis kenderaaan yang kelihatan termasuklah Audi A8, Rolls Royce, BMW 7-Series dan Mercedes-Benz S-Class.
Tindakan menyenaraikan jenis kenderaan mewah tersebut terus mengundang kritikan netizen yang hampir kesemuanya menganggap itu adalah normal memandangkan yang hadir adalah kerabat diraja.
Rata-ratanya berpendapat perkara berkenaan tidak perlu dijadikan isu hingga mencetuskan kebencian ramai.
Malah, ada yang berjenaka, adakah raja perlu membawa kenderaan jenis Myvi?
Tidak kurang juga yang memuat naik gambar Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menaiki kenderaan kancil.
Anda boleh lihat komen lucu mereka dii bawah.
Gambar: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Istiadat Persandingan Tengku Puteri Afzan, FD Idzham Berlangsung Penuh Tradisi

gempak
26/08/2024
00:55 MYT
Istiadat persandingan anakanda Sultan Pahang, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dengan pasangannya, FD Idzham FD Iskandar berlangsung dengan penuh tradisi di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz, Kuantan pada Ahad malam.
Berita

Pejuang Seni, Raja Fuziah Raja Tun Uda Meninggal Dunia

gempak
12/07/2024
04:48 MYT
Tokoh pejuang seni dan kraf negara, Raja Datin Paduka Fuziah Raja Tun Uda menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital swasta, di sini, sekitar 8.30 malam tadi.
Sukan

Sultan Selangor Murka Keputusan MFL, Kecewa Dengan FAM & Presiden FAM

gempak
26/06/2024
15:25 MYT
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dengan keputusan Malaysian Football League (MFL) yang mengenakan denda terhadap pasukan Selangor FC.
Sukan

Sultan Selangor Titah PDRM Siasat Hingga Ke Akar Umbi Kes Faisal Halim

gempak
06/05/2024
03:55 MYT
Semoga pelaku cepat ditangkap.
Viral

Netizen Syak Ustaz Solmed Pakai Duit Sedekah, Rumah Macam Istana Siap Ada Pam Minyak Mini

gempak
06/02/2024
13:45 MYT
Seorang penceramah bebas terkenal Indonesia, Ustaz Solmed sempat menjadi perbincangan netizen selepas mempamerkan kemewahan dan kekayaan yang disifatkan keterluan bagi seorang ahli agama.