Berita
Jumpa Gigi Manusia Dalam Kuih Bulan, Polis Lakukan Siasatan
Sebuah pasar raya terkenal dari Amerika Syarikat, Sam’s Club disiasat selepas seorang pelanggan terjumpa sebatang gigi manusia di dalam kuih bulan yang dibelinya.
Pelanggan wanita itu terjumpa gigi berkenaan dalam kuih bulan yang berintikan daging.
Namun, wanita terbabit menegaskan gigi tersebut bukan milik ahli keluarganya dan telah bertindak untuk membuat laporan polis.
Advertisement
Wanita tersebut telah membuat pembelian kuih bulan di salah sebuah cawangan Sam’s Club di Changzhou, wilayah Jiangsu, China dengan berharga 30 Yuan (RM18.18).
Pihak pengeluar kuih bulan pula menolak kemungkinan kejadian ini kerana semua daging yang digunakan untuk kuih bulan tersebut telah diperiksa menggunakan mesih X-ray bagi mengesan serpihan tulang.
BERITA BERKAITAN: Jijik! Pelanggan Sanggup Letak Sendiri Lipas Dalam Makanan Demi Makanan Percuma
BERITA BERKAITAN: Pelanggan Tersilap Bayar Makanan RM26.60 Jadi RM2,660, Pemilik Kedai Mahu Pulangkan Duit
BERITA BERKAITAN: Diminta Hantar Makanan Ke Balai Polis, Pelanggan Rupa-Rupanya...
Rakaman CCTV telah diserahkan kepada Sam's Club dan jabatan kawal selia pasaran Changzhou untuk siasatan.
Ini bukan kali pertama masalah keselamatan makanan melibatkan Sam's Club di China.
Sam's Club memiliki 49 cawangan di China telah disaman lebih 20 kali dalam beberapa tahun kebelakangan ini akibat iklan palsu dan isu keselamatan makanan.
Pada tahun 2022, seorang lelaki dari Fujian dilaporkan menemui tiga gigi manusia dalam kek Swiss Roll yang dibeli dari cawangan pasar raya tersebut, manakala cawangan di Nanjing dan Beijing pernah dikenakan denda kerana menjual produk yang rosak dan tamat tempoh.
Sumber: SCMP
Must-Watch Video