Viral

Disoal Siasat Nak Masuk Kampus, Pelajar Ini Pertikai Bidang Kuasa Pengawal Keselamatan - “Dah Postgrad Pun Kena Soal Macam Kena Tangkap Khalwat”

Umirah Halim
13/02/2024
01:09 MYT
Sebuah video yang memaparkan seorang pelajar disoal siasat oleh seorang pengawal keselamatan sebuah institusi awam di Malaysia tular baru-baru ini. Difahamkan pelajar tersebut pulang ke kampus lewat sehingga melebihi curfew universiti tersebut. Namun, apa yang menjadi isu adalah apabila pengawal keselamatan tersebut bertindak meminta pelajar tersebut menunjukkan bukti bagi menunjukkan bahawa dia benar bertolak dari kampung.
Balik kampung je. Dah postgrad pun kena soal macam JAIS tangkap khalwat lol pic.twitter.com/MspGKTw9a5— Abu Ubaidah Zulkifli (@abuubaidahz) February 10, 2024 “Kenapa waktu sekarang baru nak balik? Bertolak lambat kenapa? Bukti awak balik Alor Setar?,” soal pengawal tersebut. “Kami daripada Alor Setar, balik kampung, kami bertolak lepas maghrib, bertolak lambat sebab saya ada urusan keluarga, saya tiada bukti tol ke apa sebab saya pakai Touch n Go je tadi,” jawab pelajar tersebut. Berang kerana disoal sebegitu, pelajar tersebut bertindak memuat naik rakaman video dia disoal siasat dan tampil mempertikaikan bidang kuasa pengawal tersebut. “Soalan: Apa bidangkuasa Osem (Office of Security Management) untuk menghalang pelajar memasuki kawasan universiti meskipun dokumen dah diberikan? Seolah ianya budi bicara. “Balik kampung je. Dah postgrad pun kena soal macam JAIS tangkap khalwat lol,” tulisnya menerusi hantaran tersebut.

Berita Trending: Netizen Jijik Lihat Orang Awam Beramah Mesra Bersama Hot Daddy - “Dengan Pegang Anak,…

Dalam pada itu, rata-rata netizen di komen turut mempersoalkan tindakan pengawal itu yang seolah-olah tiada budi bicara kerana melayan pelajar universiti tersebut seperti pelajar asrama. “Dia ingat ni asrama ke nak mintak kebenaran nak balik. Lol” “Cara bertanya pun kurang ajar. Entah kenapa nak lebih-lebih tanya itu ini. Suka hati orang lah nak balik mna, atas urusan apa. “Mak guard terpaling stress ikut procedures tapi adab dalam tong sampah. Biasa dah,” tulis beberapa netizen. Setakat artikel ini ditulis hantaran ini telah mendapat sebanyak 1.7 juta tontonan di platform X.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Bapa Kejut Bangun 3 Pagi Setiap Hari Untuk Belajar, Pelajar STPM Ini Raih Keputusan Cemerlang

gempak
23/07/2024
18:55 MYT
Pengorbanan seorang bapa yang bekerja sebagai pemandu bas terbalas apabila anak kelimanya berjaya meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2023 yang diumumkan pada Selasa.
Berita

Disangka Hilang, Budak 10 Tahun Rupanya Berjalan Ke Pusat Beli Belah

gempak
23/07/2024
09:53 MYT
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang pada mulanya disangka hilang dari sekolahnya, ditemui selamat dan berada di sebuah pusat beli-belah, di Johor Jaya.
Berita

Kes Bunuh Farah Kartini: Polis Analisa Kad Sim Suspek & Siasat Lokasi Kebun Dipercayai Tempat Persinggahan Sebelum Kejadian

gempak
20/07/2024
12:55 MYT
Kad sim dipercayai milik anggota polis yang terbabit dalam kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah sedang dianalisa.
Berita

Polis Siasat Menyeluruh Motif Pembunuhan Nur Farah Kartini

gempak
16/07/2024
07:44 MYT
Polis melakukan siasatan secara menyeluruh berhubung motif kejadian bunuh bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah.
Berita

Penjawat Awam Ditahan Bantu Siasatan Pembunuhan Nur Farah Kartini

gempak
15/07/2024
14:54 MYT
Polis menahan penjawat awam bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25.