,
Berita

"Ditakdirkan Suatu Hari Seluruh Internet Di Dunia Ni Lumpuh, Apa Kau Nak Buat Dik?" - Shahrulezad 'Sekolahkan' Instafamous Perlekeh Ilmu

ZULHILMI JALIL
28/12/2020
11:10 MYT
Pengarah dan penerbit Shahrulezad Mohameddin menegur tindakan segelintir golongan instafamous yang seolah-olah memperlekeh kepentingan menuntut ilmu dalam kehidupan.
Menurut Shahrulezad, teguran itu dibuat selepas merasakan ada pihak yang cuba menyebarkan kefahaman mengelirukan apabila mendakwa seseorang mampu hidup mewah biarpun tidak berilmu.
"Ilmu adalah segala-galanya. Tak kira lah kau cuma mampu tinggal di rumah kotak sekali pun. Tak kisahlah kalau kau cuma berkereta kancil. "Janji kau berilmu dalam pelbagai bidang. Jangan dimegahkan sangat dengan SPM 7G tu. Dihina pun jangan.
"Tapi jangan sesekali mengelirukan adik-adik kita di luar sana dengan memberi bayangan yang ilmu tu tak penting. Demi Allah ilmu adalah yang paling penting sekali," katanya menerusi satu hantaran di Instagram.
Dalam posting tersebut, penerbit RadiusOne itu berkongsi satu paparan tangkap layar hantaran daripada seorang personaliti media sosial yang bangga dengan kejayaan yang dimiliki biarpun gagal dalam pelajaran.
Katanya lagi, dengan ilmu jugalah manusia pada hari ini berpeluang untuk menikmati dan memanfaatkan platform media sosial untuk dijadikan sebagai salah satu punca pendapatan golongan instafamous.
"Tanpa ilmu mencipta aplikasi media sosial yang adik gunakan sebagai lubuk buat duit, adik sudah pasti tak akan merasa sama sekali memiliki Mustang yang adik dok megahkan tu.
"Untuk jadi kaya menggunakan media sosial macam adik ni pun perlukan ilmu dik. Bukan semata-mata pada rupa dan nasib. Ilmu tak akan susut nilai. Kereta Mustang ya@!," pesannya.
Katanya lagi, walaupun mampu hidup mewah, ilmu dan pendidikan tetap berguna dan bermanfaat dalam kehidupan seseorang.
"Abam bukan cemburu tau. Abam cuma kasihan melihat cara pemikiran sesetengah instafamous yang alahai...biji kacang hijau pun lagi besar Abam rasa.
"Ditakdirkan suatu hari nanti seluruh Internet di dunia ni lumpuh, apa kau nak buat dik? Modal apakah lagi yang boleh kau guna selain daripada ilmu untuk meneruskan kehidupan," pesannya.
Dalam pada itu, jangan lupa untuk sama-sama mengundi artis kesayangan korang yang tercalon dalam Gempak Most Wanted di sini.
Undian akan ditutup pada 28 Disember, jam 6 petang. Jadi tunggu apa lagi? Jom undi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pengarah Veteran Nafi Sengaja Cium Pelakon, Dakwa Hanya Tunjuk Contoh

gempak
09/09/2024
01:55 MYT
Pengarah dan pelakon terkenal dari Kolkata, Bengali, Arindam Sil digantung melakukan sebarang kerja seni daripada Persatuan Penerbit Timbur India selepas menerima aduan salah laku gangguan seksual yang dibuat terhadap seorang pelakon wanita.
Advertorial

Sakit Hati Nak Stream X-Change Tapi Internet Slow? Tak Perlu Pening Kepala Langgan Pelan redONE Postpaid 5G SMART Untuk Telefon Pintar 5G PERCUMA Serta Data Pantas Tanpa Drama!

gempak
31/08/2024
05:55 MYT
Bayangkan tengah syok layan drama tapi internet asyik buffering, siapa je yang tak annoyed kan?
Hiburan

Nadhir Nasar Simpan Impian, Mahu Arahkan Filem Box Office

gempak
14/08/2024
09:55 MYT
Pelakon, Nadhir Nasar mengakui kerjayanya dalam bidang seni sebagai pelakon masih belum cukup untuk memuaskan hatinya berada dalam industri seni hiburan.
Hiburan

Guna Mayat Sebenar Dalam Penggambaran, Pierre Andre Kongsi Kisah Mistik – “Katanya Ada Roh Yang Tak Tenteram Ikut Balik”

gempak
30/07/2024
06:55 MYT
Pelakon dan pengarah Pierre Andre berkongsi pihak produksi dalam filem terbaharu arahannya yang berjudul Paradoks menggunakan mayat sebenar bagi tujuan penggambaran.
Hiburan

Michael Ang Tak Ada Komen Isu Langgar Kontrak, Biar Peguam Selesaikan Isu

gempak
24/07/2024
08:55 MYT
Penerbit dan pengarah, Michael Ang menyatakan dia tidak mempunyai sebarang komen berkaitan tindakan saman yang bakal diambil terhadap dirinya.
BorakSeeni