Pasangan pengantin baru, Shuib dan Watie Hanifiah mengambil keputusan untuk berbulan madu di Turki bersama anak-anak.

Menurut Watie, dia tidak kisah sekiranya menghabiskan masa bersama anak-anak kerana lebih menyeronokkan.

“Kalau tiada aral melintang, perancangan yang sebenar untuk tempat berbulan madu kami adalah ke Turki.

“Insya-Allah pada bulan tujuh nanti, kami pergi bersama anak-anak. Kita punya bulan madu bersama dengan anak-anak sekali,” kata ketika ditemui Gempak.

Ditanya pula mengenai perancangan zuriat, Watie berkata dia tidak menolak sekiranya dikurniakan rezeki anak.

“Mengenai perancangan anak, saya mengambil keputusan untuk menjaga anak-anak yang sedia ada terlebih dahulu.

“Namun jika dikurniakan rezeki untuk memiliki zuriat… Alhamdulillah, saya tidak menolak,” ujarnya tersenyum.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

ARTIKEL BERKAITAN: Gabra Momen 'Blackout', Air Mata Sebak Watie & Bapa Arwah Siti Sarah, Ini 10 Kisah Menarik Majlis Kahwin Shuib-Watie

ARTIKEL BERKAITAN: Dengan Sekali Lafaz, Shuib & Watie Kini Sah Suami Isteri

ARTIKEL BERKAITAN: “Mami Suka Layan & Main Dengan Kami, Dah Pandai Makan Shushi” - Dekta Manja Dengan Watie, Lulus Jadi Ibu

Terdahulu, dengan sekali lafaz, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad kini suami kepada Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah (Watie) kira-kira jam 8.47 malam.

Dalam majlis serba indah yang berlangsung di Putra Glass Hall, Putra Height, Shuib menyerahkan mas kahwin sebanyak RM8,288.

Dalam pada itu, pihak lelaki juga menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh.