gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Hubungan Bersama Fify Azmi Sudah Berakhir, Ini Respon Niezam Zaidi
HIBURAN
Saiful ‘Ku Juga Mencintai Dirimu’ Belanja Nyanyi Lagu, Netizen Tekejut Dengan Imej Baru - “Sedap Suara…”
BERITA
Wanita Penuntut Universiti Di Cyberjaya Mati Dibunuh, Disamun - KPD Sepang
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Dituduh Godam Akaun TikTok Bekas Tunang, Muntazar Ghufran Pilih Berdiam Diri - “Saya Maafkan Orang Yang…”

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
03/06/2025
06:25 MYT
Sponsor Banner
Dituduh Godam Akaun TikTok Bekas Tunang, Muntazar Ghufran Pilih Berdiam Diri - “Saya Maafkan Orang Yang…”
Pelakon, Muntazar Ghufran enggan mengulas sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas tunangnya.
Menerusi hantaran di Tiktok Stories, Muntazar berkata dia memerlukan sedikit ruang untuk menenangkan dirinya.
“Saya diam tanda saya gembira, saya perlukan sedikit ruang untuk pulihkan diri saya,” katanya.
Pada masa sama, dia juga mengucapkan terima kasih kepada sesiapa yang mendoakan kesejahteraannya.
“Terima kasih banyak mendoakan kebaikan buat saya.
“Saya maafkan orang yang tak bersalah,” tambahnya.
Gempak juga cuba menghubungi aktor muda itu namun tiada sebarang respon setakat ini.
Terdahulu, Saidah Kamaruddin meluahkan rasa marah apabila mendakwa bekas tunangnya telah menggodam akaun TikTok miliknya.
Menerusi perkongsian video di TikTok, Saidah berkata tahap kesabarannya semakin menipis apabila bekas tunang tersebut turut didakwa menghantar mesej peribadi kepada rakan-rakannya.
Malah, aktres berusia 28 tahun itu sudah menyerahkan kes itu kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut. Sekadar info, ​​Saidah pernah mengikat tali pertunangan dengan aktor, Muntazar Ghufran pada Mei tahun lalu.
Namun, ikatan pertunangan tersebut terlerai apabila Muntazar mengesahkan mereka sudah putus tunang pada Oktober tahun sama.
Topic Berkaitan
#Godam
#TikTok
#Bekas Tunang
#Muntazar Ghufran
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement