Laman Utama
Dituduh 'Ikat' PU Abu Di Kedah, Jawab Hana Azraa; "Hmm Tak Tahulah Dia Rindu Anak Ka, Rindu ..."
Bekas isteri kepada pendakwah selebriti PU Abu, Hana Azraa tampil menjawab tuduhan pengguna media sosial yang mendakwa dirinya 'mengikat' bekas suaminya itu di Kedah.
Jelas Hana, dia tiada kuasa untuk menahan atau mengawal bekas suaminya itu untuk bertandang ke kediamannya demi menjenguk anak mereka, Al-Mateen.
"Tak baik ooo tuduh-tuduh I. Tak dak nak ikat dia kat sini pun. Kalau dia rasa nak balik, dia baliklah.
"Parents I jadi saksi macam mana masa dia dengan Al-Mateen. Kita nak claim lebih-lebih pun tak boleh. Kadang manusia ni jenis pelupa.
"Eh, I baru tahu dia jaga anak dia seorang-seorang. Ha eloklah tu. Tu Abu ada KL tu. Nak sebulan jugalah dia di sana. Takpa, takpa hampa p DM dia kata dekat dia jangan balik Kedah sat lagi orang kata apa pula.
"I tak reti nak habaq. Macam-macam bahasa I habaq. Dia tetap tak faham. Dan kalau I habaq jangan balik sini dia ketegaq (degil).
"Dia nak nak juga balik mai sini. Katanya rindu anak-anak. Hmm. Tak tahulah rindu anak ka rindu mak sebenaqnya. Dak aih melawak ja.. Dia rindu anak dialah," jelas Hana.
Menerusi sesi soal jawab bersama pengguna, Hana diajukan beberapa soalan berkaitan rumahtangganya termasuk perihal bekas suaminya yang sering ke Kedah.
"Tak kesian ke Ain (Afini) jaga anak kecil seorang-seorang? Asyik nak ikat (PU) Abu kat Kedah je," tulis individu berkenaan.
Turut diajukan persoalan mengenai hak penjagaan anak Hana dan isteri PU Abu, Ain Afini.
"Hana dengan Ain ada hak yang sama. Jadi tak boleh pertikai, kasiah Ain juga seorang atau Hana jaga seorang anak," tulis individu lain pula.
"Manusia. Macam tu dah la. Kalau hati tak elok pusing kot mana kita nampak hat tak elok ja. Takpa lah.
"Anak-anak I pun dah terbiasa life lagu ni. Ada kita bersyukur, takdak kita bahagia cara kita.
"Apapun, I yang kena main peranan. Nak kena peringat seorang-seorang hat ni bapak dia, hati ni bapak dia. Betul dak?
"Letih noh. Cuma nak habaq hampa jangan menilai guna emosi. Kalau guna emosi I p buat amal jarian pun hampa kata I menunjuk riyak," jawab Hana lagi.
Must-Watch Video