Laman Utama

Dituduh Main Forex Sebab Berbelanja Mewah Surprisekan Hari Jadi Isteri, Hafiz Mahamad Jawab Persoalan Netizen - “Jujur Saya Cakap…”

Izwan Isa
22/06/2023
02:50 MYT
Pempengaruh dan selebriti media sosial, Hafiz Mahamad menyangkal dakwaan mengatakan dia terlibat dalam urusan perdagangan Forex, seperti yang digembar-gemburkan netizen di laman Twitter baru-baru ini.
Hafiz menjelaskan, segala apa yang dimilikinya pada masa kini datang daripada penat lelah mengelolakan syarikat produk kecantikan bersama isteri, Syafiqah Aina.
“Jujur saya cakap, saya tak pernah langsung terjebak dengan Forex. Saya tak pandai. Macam saya kata sebelum ini, saya tumpang rezeki isteri saya. Jadi, sumber pendapatan saya memang datang daripada perniagaan bersama Aina yang kami usahakan.
BACA: 55 Kali Tak Pernah Gagal Buat Surprise Untuk Isteri, Netizen Mahu Cari Lleaki Macam Hafiz Mahamad - "Ada Jual Kat TikTok?"
“Dari dulu sehinggalah sekarang, sumber pendapatan saya hanya daripada Ainaa Beauty sahaja. Ya, orang nampak mewah bila saya surprisekan isteri… dengan sewa panggung wayang dan sebagainya.
“Tapi, dalam dokumentari yang saya terbitkan itu, saya tak nak hadiahkan Aina barang mahal seperti kereta atau tas tangan. Saya nak appreciate dia dengan menampilkan ayah dan kakitangan dia dalam dokumentari tersebut. Mereka bercakap hal yang baik-baik tentang Aina,” katanya ketika dihubungi Gempak.
Hafiz mengulas mengenai dakwaan berkenaan selepas dia berkongsi video mengenai surprise yang diberikan kepada isteri sempena sambutan hari lahir baru-baru ini.
BACA: Derma RM100,000 Untuk Baby Naail, Netizen Puji Hafiz Mahamad - "Kenapa Orang Islam Perlu Kaya? Ini Sebabnya..."
Ditanya adakah dia berasa terkejut apabila dituduh sedemikian rupa, Pemenang Utama Gempak Most Wanted Awards 2022 itu menjawab: “Pertama sekali, saya hormati apa yang mereka cakap. Sebab kita tak boleh kawal persepsi orang. Mereka ada hak nak kata apa sahaja sebab mereka tak kenal kita.
“Tapi, tentulah saya terkejut… sebab saya tak pernah terlibat dengan Forex. Tapi, taklah sedih sangat sebab mereka tak kenal kita. Ada juga yang kata saya datang dari keluarga senang, tapi tidak. Ibu bapa saya kakitangan kerajaan.
“Bagi yang kenal saya, memang mereka tahu saya dan Aina struggle sejak dulu. Sebab tu bila saya dah senang, saya beri balik kepada masyarakat. Sebab yang support saya dulu bukan orang kaya, tapi mereka yang susah juga,” tuturnya.
BACA: [VIDEO] "Saya Nakal Dulu, Izikan Saya..." - Kenang Jasa, Hafiz Mahamad Buat Kejutan! Hadiahkan CIkgu Tiket Umrah
Hafiz bagaimanapun tidak mahu mengambil pusing mengenai hal ini dan tidak mahu mengenakan sebarang tindakan kepada mereka yang menuduh dirinya terlibat dengan urusan perdagangan Forex.
“Saya tidak akan ambil tindakan. Orang kata ia fitnah, tapi saya anggap ia satu andaian sahaja. Pada saya mereka seperti sahabat yang baru mengenali saya. Mereka tidak tahu,” ujar Hafiz menutup perbualan.
Terdahulu, Hafiz berkongsi mengenai kejutan yang dihadiahkan kepada Aina sempena ulang tahun kelahiran isterinya.
Bagaimanapun, ramai yang mempersoalkan kekayaan Hafiz sehingga ada mendakwa dia terlibat dengan Forex.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Lama Menyepi, Suami Fatin Afeefa Tidak Lagi Berharap Pada Forex - “Dah Setahun Tak Buat Benda Bodoh Tu”

gempak
20/03/2024
07:55 MYT
Suami Fatin Afeefa yakin rezeki luas.
Viral

"Saya Pernah Berhenti Belajar Kerana Masalah Kewangan, Keluarga Sangat Susah" - Ezzah Nellysa

gempak
16/03/2024
04:31 MYT
AINAA Super Seven Awards telah menobatkan Ezzah Nellysa sebagai Usahawan AINAA Paling Popular sekali gus membawa pulang trofi kemenangan kategori utama.
Viral

Pertahankan Hafiz Mahamad, Erma Fatima Dikecam Netizen - “Aku Percaya Dia Tak Berniat Untuk Konten Kerana…”

gempak
07/03/2024
07:25 MYT
Alamak...
Viral

Dituduh Berhimpit Cium Hajarul Aswad Demi Konten, Hafiz Mahamad Mohon Maaf! - "Ia Dirakam Atas Dasar Kenangan"

gempak
05/03/2024
00:24 MYT
Penjelasan Hafiz Mahamad
Viral

"Haram Cium Hajar Aswad Jika Bahayakan Diri & Orang Lain" - Dr Zul

gempak
04/03/2024
02:55 MYT
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menegur tindakan segelintir individu yang cenderung merakamkan content ketika mengerjakan umrah di Makkah.