Youtuber terkenal Syahmi Sazli akan mengeluarkan filem pertama arahannya yang berjudul Mael Totey.

Menerusi laman sosial Twitter, Syahmi memuat naik poster filem terbabit untuk tatapan umum.

“Doakan Mi ye,” tulisnya ringas sebagai kapsyen foto.Difahamkan filem ini akan mengangkat watak dalam drama pendek yang menjadi sensasi ramai di laman YouTube.

Menerusi perkongsian poster itu juga, antara barisan pelakon yang membintangi filem Mael Totey adalah Emaleen Minhad, Wanie Rohaimie, Anissa Faizul serta dua bintang utama Yoe Parey dan Asif Suhaimi.

Walaupun belum mengumumkan tarikh bakal keluar di pawagam, rata-rata wargamaya memberikan sokongan dan kata-kata positif terhadap karya sulung Syahmi itu.

“Bereh Mi, untung rugi belakang kiro! Janji buat sampai jadi,” sokong seorang wargamaya.

“Woahhh, mungkin ini akan jadi cerita pertama yang saya akan tengok di pawagam,” komen seorang wargamaya.

“Poster tu final ke Mi? Kalau bukan alhamdulillah sebab dah macam filem tahun 80an-90an, letak semua gambar pelakon dalam tu,” tegur seorang wargamaya.

“Nak berlakon mi, extra pun takpe. Jadi pokok pun saya sanggup,” kata seorang wargamaya.

“Semoga Syahmi Sazli dipermudahkan segala urusan. Dari awal video sampai sekarang saya still follow Syahmi,” doa seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, poster tersebut telah mendapat hampit 25,000 dan 100,000 tanda suka di Twitter dan Instagram.

Dalam perkembangan lain, Syahmi turut berlakon dalam filem raya berjudul Syif Malam Raya.

Selain Yoe Parey dan Asif Suhaimi, filem ini turut menampilkan Danial Lawak Solo, Ropie, Saiful Apek, Azlee Senario, dan juga aktres Reen Rahim, Emelda Rosemila, Nadia Brian, Lia Natalia serta Shiela Mambo.



Jangan lupa untuk sewa filem raya, Syif Malam buat pertama kalinya ditayangkan terus di pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 21 Mei 2020 (hari ini)

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton Syif Malam Raya selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem Syif Malam Raya, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.