Pelakon Awal Ashaari mendedahkan isterinya, aktres Scha Alyahya kini hamil.

Berita gembira itu dikongsi Awal menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagramnya sebentar tadi.

Menurut Awal, Scha kini hamil empat bulan dan bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Tuhan.

“Assalamualaikum wbt. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

“Tidak ada hadiah yang lebih bermakna dihari lahir saya selain daripada berkongsi kegembiraan ini dengan semua.

“We are expecting our second baby, and Inshallah going to our forth month now.

“Doakan Mommy dan baby sihat dalam kandungan dan dapat menjalani proses kehamilan dengan sempurna.

“Syukur ya Allah diatas rezeki ini dan Doakan Yang terbaik buat kami sekeluarga. SchAwaLara,” kongsinya.

Assalamualaikum wbt. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Tidak ada hadiah yang lebih bermakna dihari lahir saya selain daripada berkongsi kegembiraan ini dengan semua. We are expecting our second baby, and Inshallah going to our forth month now. Doakan Mommy dan baby sihat dalam kandungan dan dapat menjalani proses kehamilan dengan sempurna. Syukur ya Allah diatas rezeki ini dan Doakan Yang terbaik buat kami sekeluarga. P/s: Scha mintak maaf sebab dia dalam fasa benci handphone sekarang ni. Saya pun kengkadang pun dia benci jugak hahahaha ? ❤️ SchAwaLara

A post shared by Awal Ashaari ® (@awalashaari) on


Dalam pada itu menerusi ruangan komen, pasangan ini dihujani ucapan tahniah daripada selebriti dan juga peminat.

Terdahulu, Awal dan Scha mendirikan rumah tangga pada 4 May 2012 dan dikurniakan seorang cahaya mata Lara Alana, 6.