Berita penghijrahannya itu dikongsi Aishah menerusi posting terbaharu di akaun Instagram miliknya sebentar tadi.
Menurut Aishah, dia berharap penghijrahannya ini mendapat keberkatan.
“Semoga penghijrahan ini mendapat keberkatan. Doa yang baik-baik,” tulisnya.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen di akaun Instagramnya, rakan-rakan artis juga turut mengucapkan tahniah kepada Aishah.
Antaranya Ummi Nazeera, Rozita Che Wan, Ika Nabella dan Hanna Delisha.


