gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Tayang Gambar Mandi Sungai Tak Berbaju, IG Nicholas Saputra Dihujani Komen Peminat - "Keindahan Alam Ni"
BERITA
Netanyahu Dakwa Berjaya Bunuh Pemimpin Hamas, Mohammad Sinwar
HIBURAN
Mencelah Tak Kena Tempat, Netizen Puas Hati Tengok Mamat Kena ‘Sound’ Dengan Syamsul Debat - “Kenapa Macam Tak Ada Adab”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
GAYA HIDUP

Doktor Saran Wanita Lihat Lelaki 'Sado' Untuk Emosi Stabil

gempak
Gempak
22/05/2025
01:55 MYT
Sponsor Banner
Doktor Saran Wanita Lihat Lelaki 'Sado' Untuk Emosi Stabil
Seorang pakar sakit puan di China mencetuskan perbincangan hangat di media sosial apabila mencadangkan wanita yang mengalami masalah kurang tenaga atau darah supaya kerap melihat lelaki berotot sebagai terapi untuk menceriakan emosi dan mengurangkan tekanan.
Cadangan tersebut dikongsikan menerusi satu video tular oleh Dr He Zhenye, pakar ginekologi dari Hospital Xiehe Shenzhen, Universiti Sains dan Teknologi Huazhong iaitu sebuah hospital awam bertaraf tinggi di selatan China.
“Wanita perlu lihat lelaki bertubuh sasa atau ‘sado’ lebih kerap untuk kurangkan stres,” kata Dr He dalam video tersebut yang kini hangat dibincangkan di media sosial.
Menurut Dr He, wanita yang mengalami kekurangan ‘qi’ (tenaga dalaman) dan darah sering berasa murung, letih, pucat, pening dan sukar tidur.
Dalam keadaan sebegitu, beliau tidak menggalakkan wanita terlalu kerap bercinta, sebaliknya mencadangkan sesuatu yang lebih ‘selamat’ iaitu dengan menikmati keindahan visual seperti melihat lelaki sado.
“Kurangkan bercinta, lebihkan tengok lelaki berotot,” katanya sambil menjelaskan bahawa visual seperti itu boleh merangsang penghasilan hormon dopamin dalam otak yang membantu memperbaiki mood dan mengurangkan tekanan.
“Kecantikan visual mengaktifkan sistem ganjaran otak. Ini menjadikan kita lebih gembira,” jelasnya lagi.
Bagaimanapun, cadangan unik itu turut mencetuskan gelombang sokongan dan humor dalam kalangan pengguna media sosial, terutama wanita yang bersetuju bahawa ‘terapi mata’ boleh memberikan kesan psikologi yang positif.
“Kita perlukan kurang tekanan emosi dan lebih banyak ‘eye candy’! Cadangan ini patut dimasukkan dalam panduan kesihatan wanita moden,” kata seorang pengguna.
Dalam video lain, Dr He turut mencadangkan wanita memakai lebih banyak barang kemas emas, dengan merujuk kepada kepercayaan perubatan tradisional China bahawa emas baik untuk jantung dan membantu menyihatkan limpa.
Dr He kini mempunyai lebih 133,000 pengikut di media sosial yang mana beliau sering berkongsi panduan kesihatan wanita, termasuk pendekatan tradisional dan moden secara santai namun profesional.
Walaupun nasihatnya mungkin terdengar pelik bagi sesetengah pihak, ramai yang menghargai pendekatan bersahaja beliau dalam mendekati isu kesihatan wanita dengan cara yang lebih ringan dan mudah difahami.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
#wanita
#Sado
#Nasihat Doktor
Must-Watch Video