Laman Utama
“Doktor Saya Pesan…”- Ditegur Makan Durian Ketika Hamil, Ini Jawapan Ayda Jebat
Pelakon Ayda Jebat ditegur oleh peminat dan netizen selepas dilihat sedang menikmati durian bersama suaminya, Nabil Mahir.
Rata-rata bimbang dan menegur Ayda supaya tidak makan raja buah itu terlalu banyak kerana dia sedang hamil.
Ayda berkongsi potongan video dia bersama Nabil sedang menikmati durian dengan cara yang berbeza itu di akaun Instagram miliknya.
Nabil lebih gemar memakan durian bersama nasi namun tidak bagi Ayda.
“Korang suka ‘nasi + durian’ atau ‘durian’ sahaja? Ke korang ada tambahan bahan lain?
“Wanita yang mengandung sila dapatkan nasihat doktor sebelum makan durian. Jangan pulun macam jumpa boyfriend lama,” tulis Ayda dalam kapsyen.
Pun begitu netizen tetap mempersoalkan Ayda yang dilihat makan durian walaupun sedang hamil.
“Tengah hamil bukan tak boleh makan durian ke? Jamah 1 biji je,” tegur salah seorang peminat.
“Ibu hamil boleh makan durian ke?,” persoal salah seorang netizen.
Pun begitu, Ayda tidak berdiam diri malah turut membalas komen-komen tersebut.
“Doktor saya pesan dua ulas je maksimum,” jawabnya.
Ayda kini difahamkan sedang hamil 6 bulan. Dia dan Nabil telah mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu.
Must-Watch Video