Viral

Dolla Tak Kecil Hati Dengan Anggota Kumpulan SMDX - “Bila Orang Tak Kenal, Kami Akan Terus Keluarkan Lagu…”

Asyikin Mayudin
27/05/2024
10:41 MYT
Kumpulan Dolla mengakui tidak terasa hati dengan kelantangan salah seorang anggota kumpulan wanita dari Sabah, SMDX atau Sumandax iaitu Elle Thong, mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi baru-baru.
Dolla yang dianggotai tiga wanita muda iaitu Sabrina atau Sabronzo, Tabby dan Angel menganggap isu itu sebagai perkara kecil.

Tak patut diperbesarkan

Justeru Sabronzo yang mewakili Dolla berkata, isu tersebut tidak patut dibesarkan memandangkan masing-masing mempunyai banyak perkara yang perlu dipelajari.
“Kami baik-baik saja sebab kami juga tidak menjangkakan semua orang mengenali kami dan kami tahu, kami belum lagi dapat mencapai seluruh rakyat Malaysia.
“Jadi kami rasa semuanya baik-baik saja bila ada orang yang tidak kenal Dolla, kami akan terus keluarkan lagu dan dengan konsert yang kami akan buat ini, kami akan capai lebih ramai pendengar,” katanya kepada Gempak.
Dolla ditemui di sidang media konsert, Dolla Rebirth Experience yang diadakan di Planetarium Negara, Kuala Lumpur pada Isnin.
Dalam pada itu, Sabronzo juga menasihatkan agar peminat tidak perlu berbalah atau bergaduh antara satu sama lain.
“Kami pun tahu peminat kami iDolla sangat menyokong kami, dan kami juga sangat menghargai mereka, tapi tak mengapa tak perlu bergaduh. Industri kita kecil, tak guna untuk kita gaduh-gaduh, sebaliknya terus menyokong antara satu sama lain.

Tak kecil hati

“Tapi kami rasa iDolla respect sahaja pendapat masing-masing dan terima semua ini dengan terbuka. Kami hanya ‘move on’ sahaja,” katanya.
Tambah Tabby pula, Dolla tetap akan menyokong SMDX mahupun kumpulan pop yang lain dan mengharapkan yang terbaik buat mereka.

“Dia juga masih baharu dalam industri dan kami hanya berharap dalam masa akan datang dia belajar dan berharap yang terbaik buat mereka. Kami sangatlah menyokong untuk mereka sebagai kumpulan pop baharu, jadi semoga berjaya.

“Kesilapan tetap akan terjadi, jadi tidak mengapa. Jangan risau. Banyak lagi benda positif yang kita boleh fokus,” katanya.
Sebelum ini, Elle menerima kecaman hebat daripada netizen susulan disifatkan 'angkuh' ketika menjawab pertanyaan menerusi sesi siaran langsung di TikTok, baru-baru ini.
Elle juga dikecam kerana tidak mempedulikan kritikan mengenai cara berpakaian serta lagu nyanyian Original Sabahan yang bukan lagu asal, sebaliknya nyanyian Hezron Atmosfera. Selain Elle, SMDX turut dianggotai Crystal Vanessa John dan Deveygrayc.
Sementara itu, Dolla bakal mengadakan konsert pertama mereka iaitu Dolla Re:Birth The Experince yang akan diadakan pada 3 Ogos depan di Zepp KL.

ARTIKEL BERKAITAN: Ayda Jebat Sedia Kongsi Ilmu Dengan SMDX - “Beri Peluang, Tapi Harus Sedar Apa Yang Dilakukan Itu Kesilapan”

ARTIKEL BERKAITAN: Isu SMDX, Pengurusan Mohon Maaf Tampil Beri Penjelasan - “Kami Mengaku Banyak Lagi Perlu Dipelajari”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Peminat Dakwa Nampak Baby Bump, Syasya Rizal Hamil?

gempak
23/07/2024
02:55 MYT
Tampil dengan pakaian serba sopan dan cerah, ternyata bekas anggota kumpulan Dolla itu nampak manis dan berseri.
Hiburan

"Saya Sedih, Berharap Mereka Datang Majlis Kahwin Saya..." - Syasya Rizal

gempak
26/06/2024
03:30 MYT
Bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal akui sedih apabila majlis resepsi perkahwinannya yang berlangsung baru-baru ini tidak dihadiri oleh Sabronzo, Tabby & Angel.
Hiburan

“Kalau Saya Tak Ada Masa, Suami Tolong Gosokkan” - Syasya Rizal Dah Lama Niat Nak Bertudung, Kehidupan Makin Tenang

gempak
10/06/2024
03:55 MYT
Bekas ahli kumpulan Dolla iaitu Syasya Rizal mengakui dia sudah lama menyimpan hasrat untuk bertudung namun mengambil masa untuk berubah disebabkan masih terikat dengan kerja.
Hiburan

Netizen Dakwa Nenek Tak Restu, Ini Jawapan Syasya Rizal & Suami

gempak
09/06/2024
01:58 MYT
Timbul dakwaan mengatakan nenek kepada bekas ahli kumpulan Dolla, Syasya Rizal iaitu pelakon senior, Rozie Othman tidak merestui perkahwinan cucunya dengan suami, Nasrullah Mohd Sapie.
Hiburan

Majlis Resepsi Serba Serbi Mewah, Ibu Dedah Syasya Terima Tajaan RM5 Juta Barang Kemas - “Alhamdulillah Ada Banyak Tajaan Yang…”

gempak
08/06/2024
13:31 MYT
Majlis resepsi bekas ahli kumpulan Dolla iaitu Syasya Rizal dan suaminya, Nasrullah Mohd Sabie meriah dengan dihadiri lebih 1,000 tetamu yang diadakan di Magica Subang Hall, Shah Alam pada malam Sabtu.