,
Laman Utama

Dolla Teruja Diberikan Lagu Daripada Komposer Yang Pernah Hasilkan Lagu- Lagu Hit K-Pop!

Fiza Kamarudin
02/11/2020
01:30 MYT
Kumpulan Dolla teruja apabila lagu terbaru mereka Impikan, mendapat sentuhan komposer antarabangsa yang pernah menghasilkan lagu-lagu hit kumpulan K-Pop seperti LOONA, Red Velvet, Girls’ Generation, EXO-CBX, VIXX, Boys Republic dan Pentagon.
Dolla berkata lagu Impikan adalah ciptaan komposer dan penerbit terkenal dari Sweden iaitu Ludwig Lindell, Daniel Caesar dan Karl Oscar Gummesson yang turut menulis lirik untuk Watch Me Glow (Impikan dalam versi bahasa Melayu).
Manakala lirik Impikan pula ditulis oleh penyanyi rap, komposer dan penerbit terkenal Malaysia iaitu Luca Sickta dan YonnyBoii.
“Sudah pastinya kami sangat teruja diberikan lagu daripada komposer dan penerbit antarabangsa yang sebelum ini pernah menghasilkan lagu-lagu hits K-Pop seperti ‘All Night’ nyanyian Girl’s Generation.
“Dengan peluang ini ianya sedikit sebanyak memberikan kami kelebihan kepada kami untuk membawa konsep muzik yang lebih bercitarasa antarabangsa.
“Kami juga berharap lagu ini bukan sahaja mendapat sambutan positif daripada pendengar dan mengukuhkan lagi jenama dan muzik di Malaysia, malah kami turut menaruh impian lagu ini membuka ruang dan peluang untuk kami menempa nama di luar negara,” kata Sabronzo mewakili Dolla.
Kata Dolla lagi mereka turut membuat kajian sebelum proses rakaman dijalankan.
"Kami banyak buat research sebelum menjalani proses rakaman kerana mesej lagu ini sangat kuat, memberi harapan kepada pendengar.
"Jadi kami perlu memastikan semangat itu sampai kepada mereka," kata Syasya salah seorang anggota Dolla.
Kumpulan Dolla yang dianggotai Sabronzo, Syasya Angel dan Tabby, sejak kebelakangan ini mula mendapat perhatian masyarakat antarabangsa apabila kerap disamakan dengan sensasi antarabangsa dari Korea Selatan, Blackpink.
Malah sebuah portal K-Pop popular Allkpop, baru-baru ini memaparkan artikel tentang Dolla, sekali gus membawa perhatian peminat dari luar negara terhadap mereka.
"Terkejut juga apabila disamakan dengan Blackpink sebab bagi kami, konsep yang kami bawa berbeza.
"Tetapi kami ambil perkara itu sebagai satu perkara positif kerana Blackpink nama besar dalam industri muzik antarabangsa," kata Syasya lagi.
Video muzik single pertama kumpulan itu, Dolla Make You Wanna, setakat ini sudah menerima lebih 2.3 juta tontonan, selepas dimuat naik Mac lalu.
Sementara itu, video muzik Impikan menjadi 'trending' atau sohor kini nombor dua di platform Malaysia.
Mengulas tentang mesej lagu ini, Angelina Chai atau lebih mesra disapa sebagai Angel berkata, lagu Impikan adalah pembangkit semangat buat mereka yang mengimpikan sesuatu dalam hidup.
“Jangan mengeluh dan mudah menyerah kalah. Dengan usaha yang berterusan, apa yang diimpikan pasti boleh dikecapi suatu hari nanti,” katanya.
Lagu terbitan Universal Music Malaysia ini boleh didapati di platform digital seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, JOOX, iTunes, KKBox dan juga Deezer.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Alhamdulillah” - Teka-Teki Terjawab, Syasya Rizal Akhirnya Dedah Bakal Jadi Ibu

gempak
03/09/2024
13:12 MYT
Teka-teki netizen akhirnya terjawab selepas penyanyi yang juga merupakan bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya mengesahkan dirinya kini hamil.
Hiburan

Syasya Rizal ‘Like’ Komen Pengikut Teka Sedang Berbadan Dua?

gempak
01/09/2024
01:04 MYT
Bukanlah kali pertama netizen berteka-teki tentang status kehamilan bekas ahli kumpulan DOLLA Syasya Rizal.
Hiburan

Amir Ahnaf Memang Minat Dolla! Mohon Maaf Pada Angel, Tak Sangka Kehadiran Di Konsert Cetus Spekulasi - “Dah Anggap Macam Adik"

gempak
08/08/2024
01:25 MYT
Pelakon filem Kahar Kapla High Council, Amir Ahnaf menafikan dakwaan bercinta dengan anggota kumpulan Dolla iaitu Angel.
Hiburan

Hadir Ke Konsert Dolla, Angel Nafi Jalin Hubungan Dengan Amir Ahnaf - “Dia Kawan Saya”

gempak
06/08/2024
14:26 MYT
Kemunculan Amir Ahnaf di konsert “DOLLA RE:BIRTH THE EXPERIENCE” pada 3 Ogos lalu di Zepp Kuala Lumpur telah menimbulkan persoalan tentang hubungan mereka.
Hiburan

Lakar Sejarah, Impian Dolla Tercapai Adakan Konsert Perdana Khas Buat Peminat

gempak
06/08/2024
03:55 MYT
Lebih empat tahun mencipta nama dalam industri muzik tempatan, kumpulan Dolla kita mampu tersenyum bangga dengan penganjuran konsert sulung Dolla: Re:birth The Experience pada Sabtu lalu.