Donald Trump Didakwa 'Cipta' Gambar Palsu Taylor Swift Guna AI, Peminat Berang!
Gempak
21/08/2024 04:55 MYT
21/08/2024 04:55 MYT
Bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump didakwa membuat kenyataan palsu dengan mengaitkan penyanyi popular, Taylor Swift sebagai penyokongnya.
Trump didakwa membuat kenyataan palsu tersebut menerusi beberapa keping gambar yang dihasilkan menerusi kecerdasan buatan (AI) dan dimuat naik ke media sosial.
Gambar dimuat naik di Media Sosial
Trump didakwa membuat kenyataan palsu tersebut menerusi beberapa keping gambar yang dihasilkan menerusi kecerdasan buatan (AI) dan dimuat naik ke media sosial.
Gambar-gambar yang disebarkan termasuk imej peminat Swift yang memakai t-shirt dengan tulisan "Swifties for Trump".
Timbul kemarahan
Tindakan ini telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan peminat pelantun lagu Cruel Summer itu.
Kelab peminat Swift, yang dikenali sebagai Swifties menuduh Trump menyebarkan maklumat palsu kerana penyanyi berusia 34 tahun itu tidak pernah memberikan sokongan rasmi kepada mana-mana calon dalam pilihan raya 2024.
Namun setakat ini tiada sebarang reaksi yang diberikan oleh pihak Swift berhubung perkara itu.
BERITA TRENDING: Tiga Konsert Taylor Swift Batal Selepas Terima Ancaman Serangan
BERITA TRENDING: “Speak Now, Taylor” - Peminat Gesa Taylor Swift Buka Mulut Mengenai Palestin Menerusi Surat Terbuka
BERITA TRENDING: Lelaki ini Kaut Untung RM30 Ribu Sehari Bawa Peminat Tengok Konsert Taylor Switt!
BERITA TRENDING: Taylor Swift Didakwa Terima RM14 Juta Satu Malam Supaya Konsert Hanya Di Singapura
Swift pernah menyokong Parti Demokrat pada tahun 2020 dan mengkritik Trump melalui Twitter kini dikenali sebagai X.
Beliau menyifatkan Trump sebagai penyemarak kebencian dan rasisme, serta menggesa pengundi untuk mengundinya keluar pada pilihan raya tersebut .
Baru-baru ini, Swift terpaksa membatalkan tiga konsert di Vienna, Austria ekoran ancaman keselamatan yang mungkin berkaitan dengan kumpulan pengganas ISIS.
Dua orang telah ditahan oleh polis kerana disyaki merancang serangan yang diinspirasikan oleh kumpulan tersebut.
Sumber: BBC