Bekas isteri kepada pendakwah bebas, Da'i Farhan, Dr. Erin meluahkan rasa kecewa dengan sikap netizen yang cuba menjadikan bekas suaminya itu sebagai bahan jenaka susulan kontroversi dakwaan kes curang mengaitkan pelawak Shuk.
Menurut Dr Erin atau nama sebenarnya, Noorainul Naqim Mohd. Radzi, dia menyifatkan tindakan individu yang cuba menyenaraikan bekas suaminya sebagai antara lelaki curang adalah satu tindakan yang tidak wajar.
"Bukan nak backup sebab masih cinta ke sayang ke tapi sebagai seorang manusia yang ada hati belas kasihan, saya tak sampai hati betul tengok.
"Baik buruk semua campur hentam semua sekali. Bergurau dengan menjatuhkan maruah orang di media sosial secara berjemaah dengan video-video bodoh ni.
"Yang buat video tulis ciri-ciri lelaki curang tu pergi letak muka ustaz Farhan. Dia tak curang pun. Situasi Shuk dgn situasi Farhan tu tak sama langsung," katanya menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram.
Dalam hantaran itu, Erin turut berkongsi sedutan beberapa video kompilasi TikTok yang menyeneraikan perbandingan antara lelaki curang dan lelaki setia yang dilakukan netizen.
Begitupun, kata Erin, sekalipun dia pernah hidup bermadu, dia menyifatkan bekas suaminya itu seorang yang cukup bertanggungjawab.
"Farhan tak pernah curang dengan isteri dia sampai pergi lepak rumah skandal sampai bini kena melilau tengah malam cari laki. Farhan tu adil sangat sebagai seorang suami dan ayah.
"Selama dia berpoligami dia tak pernah abaikan tanggungjawab dia kepada pihak sana dan anak-anak dia," katanya.
Jelasnya lagi, dengan penularan video 'gurauan' itu akan meninggalkan kesan mendalam terhadap keluarga dan anak-anaknya.
"Tolonglah dia masih ada mak ayah, keluarga dan anak-anak yang akan membesar dan akan pandai guna media sosial suatu hari nanti.
"Apa perasaan anak-anak saya tu walaupun anak-anak tu anak tiri saya. Sedihlah terfikir macam mana esok ni orang dok buat lawak 'wei walid hang tu lelaki curang eh'. Allah nauzubillah min zalik.
"Kalau lelaki nikah 2 3 4 tu curang kenapa tak diletakkan sekali gambar-gambar figura awam alim ulama, menteri-menteri, artis-artis yang ramai bini tu?" luahnya.
Katanya lagi, dia cukup terkilan apabila ramai yang menyalah gunakan platform media sosial untuk dijadikan medan untuk menghukum dan menghina orang.
"Yang setia tu sebab tak diuji macam tu, jangan pula sebab korang dok puji-puji sangat yang setia tu menjadi asbab Allah bagi ujian curang pula pada yang setia tu," katanya.
Sebelum ini, kisah Erin yang merupakan janda anak lapan pernah mencuri tumpuan ramai apabila bernikah dengan Da'i Farhan di Makkah sebagai isteri kedua.
BACA: Da'i Farhan & Dr. Erin Rancang Nikah Sebelum Ke Makkah, Isteri Pertama Pasang Komplot...Mana Fakta Mana Auta?
Da'i Farhan kemudian dikatakan menceraikan isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain Mat Aris.
Bagaimanapun, Erin kemudian mendedahkan mereka berpisah secara baik pada April 2020
BACA: Perceraian Ini Sayang Minta Sebab Dah Penat Dengan Episod..." - Rumah Tangga Da'i Farhan Dan Dr. Erin Berakhir
ZULHILMI JALIL
Tue Jan 26 2021
Meerqeen Kenal Sarah Yasmine - “Kami Akui Pernah Jumpa”
Pelakon, Meerqeen tidak menafikan bahawa dirinya pernah bertemu dengan kekasih gelap kepada Aliff Aziz, Sarah Yasmine. Bagaimanapun, menurut Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 23, mereka tidak mempunyai sebarang hubungan baik apa lagi menjadi kawan. “Saya fikir saya kenal dan kami pernah jumpa. She’s a fan,” u
“Bubs, Yang, Love” - Sarah Yasmine Dedah Panggilan Manja Aliff-Sophia, Berhubung Guna Akaun Palsu?
Nama pelakon jelita Sophia AlBarakbah hangat diperkatakan apabila Sarah Yasmine memuatnaik tangkap layar perbualan dipercayai antara Sophia dan Aliff Aziz.
Sarah Yasmine Dakwa Sophia Albarakbah Menipu, Berlagak 'Angel'... Beri Kenyataan Palsu Kepada Media?
Selepas pendedahan mengenai Ruhainies, Sarah Yasmine sekali lagi tampil pula mendedahkan tangkap layar perbualan antara pelakon Sophia AlBarakbah dan Aliff Aziz.
"Pahang Negeri Kaya Dengan Khazanah & Destinasi Menarik" - Fizz Fairuz Teruja Sertai Moh Karnival Makmur
Datuk Fizz Fairuz dapat kembali ke Pahang sempena Moh Karnival Makmur yang diadakan di daerah Bera sejak semalam sehingga Ahad ini.
Pelakon Dr Pontianak Alami Kisah Mistik Diganggu Hantu! | Singgah Set
Kimberly Chuah bagitahu kat Cik Bam yang diorang diganggu perkara mistik ketika penggambaran Dr Pontianak. Sharifah Sakinah pulak tak puas hati Cik Bam datang time dah nak habis waktu shooting. Mierul Aiman sempat bagi pickup line kat Cik Bam.
Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #DrPontianak
Mulai 3 Mei 2024, setiap Jumaat, 10 Malam di Astro Warna dan Strim Astro GO
Terbitan: KL MOTION PICTURES CO.
Arahan: Wan Alauddin (Alak) & Wan Hasliza Wan Zainuddin
Bersama dengan Mierul Aiman, Sharifah Sakinah, Kimberly Chuah, Rashidi Ishak, Sathis Varan & pelakon-pelakon hebat yang lain.
#AstroBaharu #DrPontianak #AstroBaharu #TakMacamDulu #BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita
Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #DrPontianak
Mulai 3 Mei 2024, setiap Jumaat, 10 Malam di Astro Warna dan Strim Astro GO
Terbitan: KL MOTION PICTURES CO.
Arahan: Wan Alauddin (Alak) & Wan Hasliza Wan Zainuddin
Bersama dengan Mierul Aiman, Sharifah Sakinah, Kimberly Chuah, Rashidi Ishak, Sathis Varan & pelakon-pelakon hebat yang lain.
#AstroBaharu #DrPontianak #AstroBaharu #TakMacamDulu #BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita
Tular Foto Bersama Sarah Yasmine, Ini Respons Anna Jobling - “Kami Berjumpa Pertama Kali Dekat…”
Gara-gara tular gambar bersama kekasih gelap penyanyi Aliff Aziz, pelakon Anna Jobling bagaimana tidak menafikan mahupun mengiyakan mengenai dakwaan dirinya kawan baik wanita bernama Sarah Yasmine itu.
Sheriff: Ramai Terkejut Ada Kodi Rasheed, Netizen Rate 10 Bintang - “Lakonan Dia Memang Top Notch!”
Sekali keluar memang terus bagi impak, pergh!
Netizen Throwback Salah Laku Yang Pernah Dilakukan Aliff Aziz - “Ultimate Disgusting”
Pelbagai kisah lampau serta kontroversi yang melibatkan Aliff Aziz kembali dikongsi oleh netizen.
Muaz Zabir Bermadah Pujangga, Jom Fahami Maksud Perumpamaan Ini! - "Rebung Tak Miang, Bemban Pulak Miang"
Pelakon lelaki yang pernah dikaitkan dengan Bella Astillah, Muaz Zabir tampil berkongsi beberapa petikan peribahasa di Instagramnya.
“3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A
Pelakon Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Rita menitipkan doa serta memanjatkan rasa syukur ke atas pencapaian anak sulungnya itu. “Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 bat