BERITA
Dr. Say Sudah Mula Beri Baby Usia 4 Bulan Makan Kerana....
Pengacara My Doctors, Dr. Say mendedahkan anaknya yang baru berusia empat bulan sudah dibenarkan makan oleh doktor pakar.
Menurut Dr. Say, pada mulanya dia terkejut apabila diberitahu perkara tersebut kerana biasanya bayi mula makan selepas usianya 6 bulan.
Namun, doktor tersebut menjelaskan bayinya mempunyai perkembangan yang lebih cepat dari bayi biasa.
“Hari ini hari suntikan optional vaccine Ace iaitu Pneumococcal & Rotavirus. Seperti biasa bila berjumpa pakar kanak-kanak kami Dr Asmiati semestinya terkejut beliau melihat ‘kesemangatan’ Ace yang ditimbang tadi, 8.7 kilogram peeps!
“Selepas ditanya dan diperiksa perkembangan Ace yang sedikit advance untuk dia yang berumur empat bulan, Dr Asmiati menyampaikan berita yang agak excited untuk saya dengari.
“Ace dah boleh start WEANING (makan)! Pada awalnya terkejut saya dibuatnya sebab mengikut practice, babies patut start weaning sewaktu enam bulan tapi memandangkan perkembangan Ace laju dari biasa maka pakar membenarkan kami beri dia makan.
“Apa lagi, terus saya call bini dan terus bini ajak shopping! ,” tulisnya.
Dr. Say berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya
Pun begitu, Dr. Say tetap memberikan penegasan kepada ibu bapa di luar sana yang hendak memberikan bayi makan lebih awal supaya meminta nasihat dari doktor pakar terlebih dahulu.
“Harus ditekankan sekali lagi berapa cepat babies boleh start makan bergantung kepada nasihat daripada pakar kanak-kanak.
“Jika tidak secara amnya, enam bulan baru bayi boleh makan,” jelasnya lagi.
Pasangan ini sudah mendirikan rumah tangga lebih lima tahun lalu sebelum dikurniakan cahaya mata sulung mereka.
Must-Watch Video