Laman Utama

Drama Queen! Ratu Cantik Turki Pukul Diri Sendiri, Koyak Baju... Mahu Perangkap Bekas Kekasih

gempak
Amri Hassan
14/06/2022
14:31 MYT
Sponsor Banner
Drama Queen! Ratu Cantik Turki Pukul Diri Sendiri, Koyak Baju... Mahu Perangkap Bekas Kekasih
Ratu Cantik Turki, Dilara Kursun didakwa telah bertindak mengoyakkan pakaian dan memukul diri sendiri agar bekas kekasihnya, Tayfun Kilic ditangkap pihak berkuasa.
Lapor Daily Star, Dilara, 25, memberitahu polis bahawa Tayfun Kilic, 28, membawanya ke sebuah kawasan hutan dengan menaiki kereta.
Tertuduh kemudian didakwa mengoyakkan pakaian sebelum memukul dan melakukan keganasan seksual terhadap mangsa selepas wanita itu memutuskan hubungan mereka.
Bagaimanapun, mahkamah mendapati jejaka berkenaan tidak terbukti bersalah dan bebas daripada hukuman penjara 20 tahun dalam kejadian yang berlaku pada 16 Jun 2021.
Tayfun dibebaskan daripada pertuduhan selepas mahkamah memutuskan bahawa Dilara mencederakan dirinya sendiri bagi memerangkap defendan.
Pada Mei tahun lalu, kedua-duanya dilaporkan telah berpisah, namun tertuduh cuba untuk memenangi kembali hati penyandang gelaran ratu cantik Miss Turkey 2016 itu selama berminggu-minggu.
Menurut tertuduh, mereka hanya keluar makan bersama di sebuah restoran tepi pantai sebelum Dilara secara tiba-tiba mengambil kunci keretanya dan beredar.
"Kami duduk di restoran pinggir pantai sambil bersembang. Mungkin kami ada minum alkohol.
"Kami bertengkar kerana masalah perhubungan lalu dia bangun dari meja, ambil kunci kereta dan bawa kereta saya pergi.
"Kira-kira sejam kemudian, dia datang mengambil saya dan kembali ke rumah saya sebelum menghubungi teksi untuk pulang.
"Saya mendesak agar Dilara tidak pergi meninggalkan saya. Saya juga memberitahunya agar jangan menghubungi polis, namun dia tetap melakukan demikian," ujar Tayfun.
Ditanya adakah dia mengoyakkan pakaian Dilara, jawab Tayfun: "Tidak mungkin, aku tidak terlibat tindakan seksual terhadapnya. Dia yang membuat semua luka di tubuh sendiri."
Tayfun sebelum ini didakwa kerana melakukan serangan seksual, penghinaan dan ugutan, namun menafikan semua tuduhan terhadap dirinya.
Mahkamah menggugurkan kesemua pertuduhan kerana tidak mempunyai bukti kukuh dalam kes tersebut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live