Drama bersiri Astro Originals berjudul One Cent Thief berjaya mencipta sejarah apabila tersenarai dalam Top 10 rancangan terbaik TV Asia 2022.

Menerusi laporan portal NME, drama yang diinspirasikan daripada peristiwa sebenar yang pernah menggemparkan Malaysia sebelum ini berjaya menduduki tangga ke lapan bersama beberapa drama asia lain.

Dalam pada itu, tangga pertama senarai diungguli drama animasi dari Jepun berjudul Man Pyscho dan diikuti drama Pachinko (Korea Selatan) di kedudukan kedua serta Chainshawa (Jepun) di tangga ketiga.

One Cent Thief dibintangi pelakon Syafiq Kyle, Faizal Hussein, Azira Syafinaz, Sofia Jane, Amerul Affendi, Fabian Loo dan ramai lagi.

Terdahulu, One Cent Thief berjaya meninggalkan impak dan mendapat respons positif daripada penonton apabila rata-rata mereka berpuas hati melihat jalan cerita dan lakonan hebat barisan pelakon.

Malah, drama arahan Ariff Zulkarnain itu turut berjaya mencipta rekod menjadi drama nombor satu pilihan penonton di platform On Demand dengan jumlah unique viewers 159 ribu sehingga episod empat

BACA: One Cent Thief Cipta Rekod! Jadi Drama Nombor 1 Di Platform On Demand Dengan Jumlah…

BACA: “Such A Masterpiece!” - Penonton Rasa Tak Percaya One Cent Thief Dah Nak Final Episod