Laman Utama

“Such A Masterpiece!” - Penonton Rasa Tak Percaya, One Cent Thief Dah Nak Final Episod

Mya Amri
24/11/2022
05:45 MYT
Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum episod kemuncak drama premium terbitan Astro Originals, One Cent Thief ditayangkan kepada umum.
Sejak ditayangkan pada episod pertama lagi, One Cent Thief menerima komen positif penonton terutamanya dari segi penceritaab, nilai produksi dan juga kualiti lakonan para pelakonnya.
Faktor utama itu juga membuatkan penonton tidak sedar bahawa drama premium ini sudah sampai ke penghujungnya.
Berikut merupakan antara komen yang diterima:
“Such a masterpiece lah Malay drama named One Cent Thief ni haha sumpah kena tengok!”
“Done tengok One Cent Thief latest episod. I’m telling you cerita ni best dan unexpected. Setiap episod ada je plot twist dan semua pelakon dalam ni memang power. Cepat keluar episod baru!”
Jadi tonton One Cent Thief di One Cent Thief Pop-Up Channel bermula 23 November sehingga 4 Disember 2022 menerusi Astro saluran 100.
Jangan lupa juga saksikan One Cent Thief, setiap Sabtu, jam 9 malam.
One Cent Thief ditayangkan serentak di empat saluran berbeza bahasa iaitu Astro Ria HD (saluran 104), Astro Vinmeen HD (saluran 202), Astro Shuang Xing De (saluran 307) dan PRIMEtime (saluran 704).
Penonton juga berpeluang menonton setiap episod baharu seminggu lebih awal daripada tayangannya di saluran linear setiap Sabtu jam 12 tengah malam menerusi strim di platform Astro Go atau On Demand.
One Cent Thief dibintangi oleh Syafiq Kyle, Faizal Hussein, Azira Shafinaz, Sofia Jane, Amerul Affendi, Fabian Loo, Aghonderan Sahadevan, Carmen Soo, Sathisvaran Magesvaaran, Rubi Rubini, Amir Nafis, Fadhli Masoot, Zain Hamid, Aleza Shadan, Syed Irfan dan Airiezara Jasmin.
Siri Astro Originals ini juga turut menampilkan kemunculan istimewa Tan Sri Nazir Razak.
Drama premium yang mengetengahkan genre jenayah thriller ini merupakan idea asal oleh showrunner (pencipta) Alfie Palermo yang turut terlibat sebagai ketua pasukan penulis Astro Shaw (writers' room) bersama penulis lain, Natasha Azlan, Ashraf Modee Zain, Zaim Zakki.
Manakala karya ini mendapat sentuhan oleh pengarah muda yang semakin meningkat naik dalam kalangan penonton sejak mengarahkan telemovie seperti Cerai, Rompak Raya, dan drama premium Dukun Diva, iaitu Ariff Zulkarnain.
Jangan lupa, undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Babak Itu Jijik…” - Hariz Hamdan Akui Sukar Lakukan Aksi Cium Kaki

gempak
05/07/2024
13:12 MYT
Pelakon baharu, Hariz Hamdan mengakui dia perlu mencium kaki pelakon senior, Farah Ahmad demi menjayakan babak dalam drama terbaru Astro Original berjudul X-Change.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Laman Utama

Astro Originals - i.D

gempak
06/02/2024
09:29 MYT
Hiburan

Gamers Mangkuk: Rupanya Amir Ahnaf Pun Terjebak Main Game - “Dapat Skrip, Baca, Terus Download Mobile Legend”

gempak
19/01/2024
09:01 MYT
Amir Ahnaf pun terjebak dengan game guys.
Hiburan

Gamers Mangkuk: Ramai Suka Watak Crack Along! - “Terpaling Sulung Perangai, Apa Lawak Sangat Ni”

gempak
15/01/2024
16:05 MYT
Love along!