Nampaknya isu keretakan rumah tangga penyanyi Virgoun dan isterinya, Inara Rusli semakin berpanjangan.
Jika sebelum ini Inara mendedahkan Virgoun curang sehingga melakukan hubungan seks dengan wanita yang digelarnya pelakor (perampas suami orang) dan Virgoun turut mengakui kesalahannya kini cerita sudah menjadi semakin hangat.
Macam plot twist dalam sebuah drama, wanita yang dikenali dengan nama Tenri Anisa itu akhirnya muncul di khalayak ramai dan menjelaskan cerita daripada versinya pula.
Melakukan pertemuan dengan media tempatan bersama peguamnya, wanita berusia 23 tahun tersebut menafikan dirinya ada menjalin hubungan sulit dengan Virgoun.
Sebaliknya Tenri tidak menafikan mengenali peyanyi Surat Cinta Untuk Starla itu.
“Kenal awalnya 2021. Kami dikenalkan oleh teman, kemudian hanya jadi kawan biasa saja. Tidak ada lebih dari itu. Cara kami berkomunikasi pun biasa saja,” akuinya sewaktu ditemui di kawasan Jakarta Selatan, lapor InsertLive.
Tenri juga dengan tegas menyatakan tidak pernah tidur atau melakukan hubungan ranjang dengan Virgoun seperti yang didakwa.
“Saya tidak pernah melakukan hubungan badan dengan Virgoun. Saya juga dituduh tinggal menyewa bersamanya. Ini juga tidak benar. Saya tidak pernah menyewa dengan lelaki,” tegasnya.
Lantaran itu pihak Tenri memberi masa 48 jam buat Virgoun dan isterinya, Inara melakukan permohonan maaf terbuka sebelum pihak peguam mengambil tindakan lanjut.
"Saya tegaskan klien kami tidak merupakan orang ketiga, bukan pelakor seperti yang diberitakan, seperti yang dituduh dalam pernyataan itu.
“Mungkin ada pun perempuan lain, silakan tanya Virgoun, siapa sebenarnya? Tapi bukan klien kami," tutur peguamnya, Milano Lubis.
"Klien kami ini sekarang jadi korban, ini harus diluruskan. Makanya kami kasi kesempatan dua kali 24 jam, kalau tidak, kami akan melakukan tindakan hukum kepada Virgoun dan isterinya,” kata Milano lagi.
Maliah Surip
Wed May 03 2023
Pernah Kaut Pendapatan Tinggi Live TikTok, Riezman Khuzaimi Dilantik Duta Agensi KamiSempoi
Setelah lebih dua tahun beroperasi, agensi Tiktok KamiSempoi International Agency melantik pelakon Riezman Khuzaimi sebagai duta.
"Benda Dah Settle Kenapa Nak Ungkit Lagi?" - Muaz Zabir Bidas Kenyataan Aliff Aziz!
Muaz Zabir tampil bersuara susulan isu podcast Aliff Aziz baru-baru ini.
Banyak Bagus Festival 2024 Gabung Artis Popular 4 Negara!
Banyak Bagus Festival (BBF) 2024 melakar sejarah tersendiri apabila menggabungkan artis popular dari empat negara Asia iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina.
BUJANG SEPAHTU KEPOK BONDA
Tahniah! Michelle Yeoh Antara 19 Penerima Medal Of Freedom
Tahniah Tan Sri Michelle Yeoh.
Abby Abadi Dedah Kerjaya Sebenar Aslam - "Dia Anak Ustaz, Pemandu E-Hailing & ..."
Pelakon Abby Abadi mendedahkan menantunya, Ahmad Aslam bekerja sebagai pemandu e-hailing bagi menampung kehidupan keluarganya.
“Ibu Mana Boleh Tahan? Senang Senang Nak Dajjalkan Anak Aku, Cakap Muka Macam Bab*” - Isteri Caprice Ulas Isu Melutut
Sabar seorang ibu juga ada hadnya.
Pesawat Ringan Terhempas Di Tanjung Malim, Dua Mangsa Selamat
Syukur mangsa selamat.
"Bukan Marissa Seorang Yang Patut Dipersalahkan, Dulu Pun Saya Tak Pernah Salahkan Memey" - Abby Abadi
Pelakon Abby Abadi masih kurang mengerti tindakan netizen yang masih menyalahkan anaknya, Marissa Dania Hakim selepas bergelar isteri kedua Ahmad Aslam
Rasmi Bercerai Dengan Teuku Ryan, Hak Asuh Anak Jatuh Pada Ria Ricis
Drama rumah tangga YouTuber Indonesia, Ria Ricis dengan Teuku Ryan berpenghujung dengan penceraian.