,
Laman Utama

Dua Hari Kahwin, Penyanyi Cerai Talak Tiga Sebab Suami Tidak Menepati Ciri

Maliah Surip
05/12/2022
08:00 MYT
Seorang penyanyi wanita nekad meminta talak atau diceraikan dari suaminya walaupun hanya baru mendirikan rumah tangga selama tiga hari!
Penyanyi tersebut, Ratu Rizky Nabila dilaporkan media Indonesia telah meminta cerai dari suaminya, Ibrahim selepas dua hari menikah. Dia kemudian diceraikan pada hari ketiga perkahwinan mereka.
Meski tidak menjawab langsung kepada media tempatan yang menghubunginya, penyanyi itu menjelaskan sebab pernikahan dengan lelaki Libya itu hanya bertahan tiga hari.
Antara yang ditegaskan Ratu Rizky Nabila adalah pernikahan yang dilangsungkan secara sederhana pada 26 November lalu bukan sebuah gimik.
Mengatakan tidak akan mendedahkan sifat buruk pasangan sehingga terjadinya penceraian, namun perempuan itu menyenaraikan tiga hal penting yang perlu ada dalam sesebuah institusi perkahwinan.
"Saya tidak membenarkan apa yang telah saya perbuat. Tapi, untuk saya peribadi dan demi Allah saya hanya bisa katakan ini: ada 3 hal penting dalam pernikahan, restu, keterbukaan, niat serta tindakan dari niat," tulis Ratu Rizky Nabila Instagram Story miliknya seperti dilaporkan Detik.com.
Ratu Rizky Nabila pun menulis: “Baru dua hari saya minta talak 3, betul. Saya katakan betul. Untuk kronologinya tidak perlu. Ini pernikahan gimmick? Tidak betul sama sekali. Saya rasmi menjanda sekarang.”
Terdahulu, mantan suami penyanyi itu mengatakan isterinya mengaku mencintai orang lain dan berniat membatalkan pernikahan pagi selepas mereka berdua sah menjadi suami isteri.
Dakwaan itu tidak dinafikan oleh Ratu Rizky Nabila.
"Kalian jangan lupa tapi, dengan perjalanan hidup yang saya lewati saya merasa benar. Ya saya mencintai orang lain, benar itu. Ya, saya minta batal lepas akad pagi, benar itu. Ya saya chat, 'IM GONNA KILL YOU' benar itu,”
"Untuk kau IBRAHIM... Silakan kau cerita apa lah itu. Tapi, kalau bercerita yang full!!! A B C D Nya," pesan Ratu Rizky Nabila.
Sebelum perkahwinan singkat ini, Ratu Rizky Nabila sudah pernah berkahwin dengan pemain bola sepak, Alfath Fathier. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurnai seorang cahayamata sebelum bercerai.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pernah Dituduh Penyondol, Nissa Sabyan & Ayus Nikah Julai Lalu

gempak
21/11/2024
11:55 MYT
Kisah asmara terlarang di antara anggota kumpulan Sabyan iaitu Nissa dan Ayus dilaporkan berhujung dengan perkahwinan.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Hiburan

Servis Pelancongan Didakwa Teruk, Kim Seri Mohon Maaf, Janji Perbaiki Kualiti - “Setelah Jadi Ibu Tunggal, Saya Agak Burn Out…”

gempak
21/11/2024
05:55 MYT
Nama personaliti media sosial dan juga usahawan yang dikenali sebagai Kim Seri kembali tular menjadi perhatian netizen.
Hiburan

Isteri Pelakon Harun Hashim Meninggal Dunia

gempak
21/11/2024
05:50 MYT
Selepas hampir seminggu ditidurkan, isteri kepada aktor veteran Harun Hashim iaitu Sakinah Ganjali, 48, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam jam 9.45 pagi Khamis.
Hollywood

Tak Pernah Beli Rumah, Will.i.am Hanya Tidur Di Hotel

gempak
20/11/2024
15:50 MYT
Pemuzik Will.i.am mengaku meski sudah berusia 49 tahun dan memiliki kekayaan, dia masih tidak mempunyai rumah.
Unitar