Satu video tular di Platform X selepas memperlihatkan aktiviti samun yang didakwa berlaku di Bayu Perdana, Klang.

BERITA TRENDING: Remaja 13 Tahun Cuba Tikam Pemandu E-Hailing, Netizen Suarakan Rasa Bimbang! - "Nasib Baik Pakai…

Menerusi video berdurasi 1 minit itu, dapat dilihat dua orang individu lengkap berpakaian serba hitam menggunakan parang untuk memecahkan tingkap kiri dan kanan kereta jenis Mercedes yang dipandu mangsa.


Entri itu meraih perhatian pengguna aplikasi tersebut dan mendapat hampir 500,000 tontonan dan lebih 3,000 repost.

Antara komen yang diterima:

“Allahuakbar takutnya. Dah lah kita selalu drive sorang dan bukak tingkap,”

“Benda biasa dekat Klang,”

“Kalau aku jadi owner kereta tu, aku undur aku langgar.”

Setakat artikel ini ditulis, jumlah kerugian yang dialami oleh mangsa masih lagi belum diketahui.

Sumber: Platform X