Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Dua Lelaki Tawar Diri Selamatkan Pereka Fesyen Diganggu Ah Long

Gempak
04/09/2024 08:55 MYT
Baru-baru ini kecoh dengan isu pereka fesyen didakwa menjadi mangsa peras ugut sekumpulan Ah Long kerana dipercayai berhutang sebanyak RM25,000,.

Dibantu dua lelaki

Terbaharu, memetik laporan Harian Metro pereka fesyen yang dikenali sebagai Cik Pa itu telah dibantu oleh dua lelaki yang juga adik beradik dikenali sebagai Aloy dan Ale.

Mereka yang juga adik-beradik itu mendakwa mempunyai perniagaan pinjaman wang iaitu 'Kami Geng Bunga'.

Cik Pa yang berhutang dengan Ah Long berpengaruh dari Parit Beruwang itu berkata, dia lega dan terbuka menerima tawaran daripada Aloy dan Ale.

BERITA TRENDING: Isteri Kedua Didakwa Mahu Bolot Harta, Ini

BERITA TRENDING: Rita Rudaini Bengang Tajuk Artikel Petik 'Anak

Tapi sebelum itu siapakah Cik Pa & Parit Beruwang ini?

Pereka fesyen tempatan yang dikenali sebagai Cik Pa merupakan pemilik Kedai Jahit Butik Cik Pa.

Gara-gara ingin menyertai pertandingan Malaysian Fashion Extravaganza Cik Pa berhutang dengan Ah Long berpengaruh dari Parit Beruwang.

BERITA TRENDING: Tular Video Da’i Syed Betulkan Tudung Isteri

BERITA TRENDING: Luahan Hati Aisyah Hijanah Buat Netizen Sebak -

Difahamkan pertandingan tersebut menawarkan hadiah untuk ke pertunjukan fesyen di Paris, Perancis.

Bagaimanapun, Cik Pa mengakui ini bukan kali pertama dia meminjam daripada Ah Long itu, namun tidak menyangka diugut sehingga keselamatannya terancam.

#Pereka Fesyen #Lelaki #Diganggu #Ah #Long #ale #aloy