Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Dua Lembu Terlepas Di Lebuh Raya, Myvi Didakwa Rosak Akibat Terlanggar Salah Seekor

Gempak
17/06/2024 04:17 MYT
Media sosial sejak semalam kecoh dengan dua lembu dikatakan terlepas dan berkeliaran di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) berhampiran pusat beli-belah di Kelana Jaya.

Video Tular Di Laman Sosial

Kejadian itu tular selepas video dan gambar mengenainya dimuat naik dengan keterangan 'lembu cuba melarikan diri' sebelum dikorbankan sempena Aidiladha, hari ini.

Dalam satu video berdurasi 14 saat yang dirakam pemandu kereta, jelas menunjukkan dua lembu dewasa di laluan yang sesak kenderaan, dan lebih malang apabila kereta Perodua Myvi didakwa rosak akibat terlanggar seekor daripada lembu itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar ketika dihubungi bagaimanapun mengesahkan tidak menerima laporan berhubung kejadian.

"Setakat ini tiada laporan diterima. Sedang disemak dari mana lembu berkenaan terlepas," katanya.

Sumber - Harian Metro

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 1.8 Juta Umat Islam Seluruh Dunia Tunai Ibadat Haji Tahun Ini

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih Semangat Sambut Hari Raya Aidil Adha, Jom Lakukan 11 Amalan Sunat Ini

ARTIKEL BERKAITAN: Sempat Berwukuf, Jemaah Kelapan Malaysia Meninggal Dunia Di Tanah Suci

ARTIKEL BERKAITAN: Rockers Amy Search, Ella Bergelar Haji & Hajah Bersyukur Dapat Tunai Rukun Islam Kelima

#Aidiladha #Lembu #Lebuh Raya #Raya Aidiladha #Lembu Aidiladha #Lembu terlepas