Dua malam ditahan di lokap balai polis Dang Wangi, pelakon yang terpalit dengan kontroversi 'mengasari' isterinya, Aliff Aziz, 26, mengakui tempoh itu paling panjang dalam hidupnya.
Bercerita mengenai pengalaman ditahan di lokap pada Jumaat lalu, Aliff mengakui detik itu juga digunakan untuk mendekati Ilahi.
"Ini pengalaman pertama saya dan situasi ditahan polis ini bukan perkara main-main. Di dalam sana betul-betul telah membuka mata saya.
"Penahanan saya itu satu mesej dari Tuhan. Di dalam sana semua ada cerita masing-masing, dalam keadaan itu saya faham dan saya dapat ruang untuk 'bercerita' kepada-Nya. Saya lebih banyak berdoa.
"It''s a very sadly place to be. Dua malam ditahan di dalam lokap dirasakan tempoh paling lama, hitam dan gelap dalam hidup saya. Rasa seperti dua minggu!
"Saya tidak dapat membayangkan perasaan bermalam di lokap bertahun-tahun. Saya bersyukur Tuhan hantarkan seseorang bergelar isteri yang tabah dan baik. Bukan mudah nak memperbaiki kerosakan yang sudah saya lakukan," katanya pada sidang media di Shah Alam, Selangor semalam.
Jumaat lalu, Aliff ditahan polis selepas didakwa mengasari isterinya, Dayang Nabellah Awang Astillah, 23, di sebuah pusat karaoke di Taman Shamelin, Cheras, Kuala Lumpur.
Sebelum kejadian, Bella ditemani ibunya telah ke pusat hiburan itu selepas mendapat tahun suaminya berada di bilik karaoke bersama seorang wanita lain.
Teks oleh: Amri Hassan
Amri Hassan
Tue Aug 01 2017
Beza Agama, Ulama Berpendapat Pernikahan Rizky & Mahalini Bakal Tidak Sah?
Hubungan asmara penyanyi Rizky Febian dan Mahalini baru-baru ini menjadi perbualan hangat selepas salah seorang keluarga terdekat Mahalini telah berkongsi mengenai tarikh perkahwinan mereka.
Michael Ang Tak Setuju Budaya Minta Maaf Sambil Melutut - "Nak Orang Minta Maaf Tak Perlu Post Di Media Sosial"
Isu mengenai isteri kepada penyanyi rap, Caprice iaitu Farra Inalis yang meminta individu yang menghina anaknya melutut untuk meminta maaf mendapat perhatian ramai termasuk pengarah dan penerbit, Michael Ang.
Linkin Park Bakal Reunion, Vokalis Evanescence Ganti Mendiang Chester Bennington?
Satu sumber memberitahu kumpulan legenda Linkin Park akan reunion sekaligus melakukan siri jelajah konsert pada 2025.
Kekasih 40 Tahun Lebih Muda, Cher: “Seusia Saya Ramai Sudah Mati”
Sekitar akhir tahun 2022, penyanyi Cher mendedahkan dirinya kembali dilamun cinta menerusi perkongsian foto mesra bersama seorang lelaki.
Pernah Kaut Pendapatan Tinggi Live TikTok, Riezman Khuzaimi Dilantik Duta Agensi KamiSempoi
Setelah lebih dua tahun beroperasi, agensi Tiktok KamiSempoi International Agency melantik pelakon Riezman Khuzaimi sebagai duta.
"Benda Dah Settle Kenapa Nak Ungkit Lagi?" - Muaz Zabir Bidas Kenyataan Aliff Aziz!
Muaz Zabir tampil bersuara susulan isu podcast Aliff Aziz baru-baru ini.
Banyak Bagus Festival 2024 Gabung Artis Popular 4 Negara!
Banyak Bagus Festival (BBF) 2024 melakar sejarah tersendiri apabila menggabungkan artis popular dari empat negara Asia iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina.
BUJANG SEPAHTU KEPOK BONDA
Pak Ya ada 2 orang anak lelaki agak malas, Jep dan Shuib yang selalu lewat tidur dan jarang membantu kerja rumah. Suatu malam, kedua-dua anak lelaki itu melihat ayah mereka dalam keadaan sedih kerana belum memenuhi niatnya untuk membina kepok untuk isterinya yang telah meninggal. Mereka sedar dan bertekad untuk mencari wang untuk membantu ayah mereka
Tahniah! Michelle Yeoh Antara 19 Penerima Medal Of Freedom
Tahniah Tan Sri Michelle Yeoh.
Abby Abadi Dedah Kerjaya Sebenar Aslam - "Dia Pemandu E-Hailing, Buat Bisnes ..."
Pelakon Abby Abadi mendedahkan menantunya, Ahmad Aslam bekerja sebagai pemandu e-hailing bagi menampung kehidupan keluarganya.