Isu mengenai isteri kepada penyanyi rap, Caprice iaitu Farra Inalis yang meminta individu yang menghina anaknya melutut untuk meminta maaf mendapat perhatian ramai termasuk pengarah dan penerbit, Michael Ang.

Tidak perlu dibesarkan

Menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, Michael tidak bersetuju dengan tindakan yang telah dilakukan oleh pasangan itu.

“Tak perlu post kot benda2 mom ni! Kalau nak post pun blur kan la muka budak tu.

"Macam mana la Budak tu nak hadap org luar. Boleh sakit jiwa budak tu Nanti! Lain Kali belajar from KITSUI!,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Malah, Michael turut berpendapat bahawa hal seperti ini sepatutnya tidak perlu dibesarkan kerana individu tersebut sekadar mengeluarkan kata-kata hinaan secara tertutup (direct message).

Abai komen negatif

Jelasnya, sebagai insan yang berpengaruh di media sosial, mereka hanya perlu mengabaikan komen-komen negatif yang diterima daripada pengguna lain..

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

“La baru tahu budak tu DM sahaja bukan budak tu post or comment kat open platform!

“Kalau macam tu banyak orang kena lutut depan i mintak maaf dgn i! Anyway sebagai public figure kita akan di kecam atau pun di caci walaupun dia orang tak kenal kita. Just ignore aje kata? tak berotak dia orang tu.

“Apa saja kita post akan ada kata-kata sumbang from these people and kita kena terima sahaja atau lawan balik. Bagi I kalau DM and private message tu ignore aje la. Kalau dia org post atau comment kat public posting baru 1 bising or lawan balik.

“Bagi I kalau DM tu just read n laught it off aje! Kalau tak pergi expose DM tu tak la jadi public issue. Patut nya dm dia balik n suruh mintak maaf tak payah public kan issue ni. Pendapat aku aje la ni,” tulisnya.

Terdahulu, video permohonan maaf individu yang menghina anak Caprice telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Berita Trending: “Ibu Mana Boleh Tahan? Senang Senang Nak Dajjalkan Anak Aku, Cakap Muka Macam Bab*” - Isteri Caprice Ulas Isu Melutut

Berita Trending: Individu Hina Anak Caprice Diminta Melutut Mohon Maaf, Ada Yang Setuju & Ada Yang Tidak