Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Duduk Flat, Selera Kondo… Wanita Cop Parking Dengan Tong Cat Dikritik Netizen

Izwan Isa
09/10/2023 13:50 MYT
Isu cop parking selalunya sering kita saksikan di kawasan awam seperti pusat beli-belah dan tempat letak kereta terbuka.

Namun, lain pula kisahnya dengan situasi yang dilalui oleh lelaki ini.

Menerusi perkongsian video di media sosial, lelaki tersebut dilihat tidak dapat meletakkan kenderaan dalam petak parkir kawasan rumah, gara-gara pemilik kereta sebelum itu meletakkan tong cat kosong bagi menandakan bahawa petak tersebut adalah ‘miliknya’.

“Apa kak cop-cop parking kak, mana boleh cop-cop parking? Tak boleh cop-cop parking macam ni. Tahu, saya pun rumah dekat sini juga, tak boleh cop-cop parking macam tu. Kalau dah keluar tu siapa cepat dia dapat lah.

“Lain kali duduk kondo kak jangan duduk flat kak. Lain kali duduk kondo, ada parking sendiri. Saya nak tanya ni jadi kesalahan ke tak jadi kesalahan? Saya parking dekat mana-mana je, sebab sini takda parking-parking cop sekarang ni.

“Ok takpa nak cop kan, ok takpa kak, cop jelah, takpa,” ujar lelaki itu kepada pemilik kenderaan berkenaan.

Menerusi ruangan balas di platform X, ramai dalam kalangan pengguna media sosial melemparkan kritikan terhadap wanita itu.

“Sebab tu pergi sekolah tu penting. Bukan setakat matematik ke apa. Ini kes tak ada sivik. Takkan ni dah jadi standard duduk flat, parking cop, sampah buang dari tingkat atas, pili bomba bagi je sapa-sapa main biar terbuka sepanjang zaman, lift ada mural bukan.”

“Kalau aku campak je tong tu jauh jauh tapi kau jangan parking situ pulak cuma kau campak je tong tu.”

“Duduk condo, kene bayar extra RM15,000 untuk tambah parking je depends on berapa harga tanah per sqft condo tu. Dia boleh suka-suka hati cop ek.”

Sumber: Platform X

BACA: Duduk Rumah Flat Tapi Selera Banglo, Ruang Rumah Diubah Suai Haram Akhirnya Diroboh MPAJ​

BACA: Lelaki Pengotor Berak Depan Koridor Flat​

#Rumah flat #Cop parking
;