Seorang lelaki tidak dikenali di Singapura meraih perhatian netizen apabila aksinya membuang air besar di koridor sebuah flat HDB di Geylang dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

Memetik laporan portal Mothership, lelaki berkenaan juga didakwa mengenakan uniform salah satu perkhidmatan e-hailing di republik itu.

Menerusi rakaman video yang dikirimkan oleh pembaca portal tersebut, difahamkan kejadian tersebut berlaku pada 29 Julai lalu sekitar tengah hari.

Rakaman tersebut bermula dengan memperlihatkan tangga yang terletak di hadapan sebuah unit di blok HDB berkenaan.

Kemudian, kelibat lelaki tersebut mula kelihatan turun daripada tangga itu daripada tingkat atas.

Dia dilihat memeriksa sekeliling sebelum menarik turun seluarnya lalu mencangkung dan mula membuang air besar di atas lantai.

Selesai, lelaki itu menarik kembali seluarnya dan berlalu pergi tanpa menghiraukan najis yang ditinggalkan di atas lantai.

Sumber: Mothership

BACA: Jijiknya! Amber Heard 'Melepas' Tepi Jalan... Misteri Bau Busuk & Najis Bersepah Terjawab​