Laman Utama

Duduk Rumah Flat Tapi Selera Banglo, Ruang Rumah Diubah Suai Haram Akhirnya Diroboh MPAJ

gempak
Izwan Isa
31/05/2022
13:50 MYT
Sponsor Banner
Duduk Rumah Flat Tapi Selera Banglo, Ruang Rumah Diubah Suai Haram Akhirnya Diroboh MPAJ
Disebabkan mengubah suai rumah secara haram, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) terpaksa merobohkan ruang tambahan pemilik kediaman Blok 4, Flat UTM, AU3/1 yang dibina secara haram.
Menerusi satu kenyataan, MPAJ berkata, tindakan mengubah suai rumah tanpa kelulusan mengikut Akta 133 dan Akta 757 bakal mendatangkan pelbagai risiko dan masalah kepada penduduk setempat.
"Isu keselamatan penduduk sekitar perlu diambil kira, tambahan rumah itu kelak mengganggu kerja-kerja menyelamat sekiranya berlaku sebarang malapetaka seperti kebakaran dan sebagainya.
"Kesannya, MPAJ terpaksa merobohkan struktur tambahan haram yang nyata menggunakan ruang harta bersama yang bukan hak mutlak pemilik tapi adalah dikongsi secara bersama.
"Kediaman berstrata seperti flat, apartmen dan kondominium terikat dengan Akta 757 di mana lot petak hanya terhad kepada keluasan petak yang dibeli sahaja," kata MPAJ.
Menurut kenyataan sama, tindakan penguatkuasaan di Blok 4, Flat UTM, AU3/1 atas kesalahan membina struktur tambahan tanpa kebenaran MPAJ telah dilaksanakan bermula pada 25 Mei.
Menerusi tinjauan di media sosial, ramai yang berpuas hati melihat tindakan yang diambil oleh MPAJ itu.
“Kemain dia buat extension rumah. Duk rumah flat selera bungalow tapi tak siap buat majlis dah datang robohkan. Padan muka."
“Jom ramai-ramai pakat viral rumah-rumah B40 tapi acah-acah T20 yang ada seluruh Malaysia ni. Katanya banyak, tapi mungkin pihak berkuasa tak dapat aduan untuk jalankan siasatan.”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024