Perkongsian seorang doktor tentang abangnya yang merupakan pemegang kad OKU pembelajaran menarik perhatian netizen.

Menerusi hantaran di platform X, pemilik akaun dengan nama Dr Ainun Nasihah itu berkata, abangnya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebanyak tujuh kali manakala Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pula sebanyak 2 kali.

BERITA TRENDING: “Kita Perlu Beri Keutamaan Kepada Meritokrasi” - Graduan Kongsi 'Kisah Gelap' Ketika Belajar, Harap Kerajaan…

“Izinkan saya berkongsi cerita tentang ketabahan. Inilah abang saya, dua tahun lebih tua (daripada saya). Dia merupakan pemegang kad OKU pembelajaran.

“Dia menduduki peperiksaan SPM tujuh kali, STPM dua kali dan akhirnya diterima masuk ke universiti, menggenggam Sarjana Muda Sastera. Sekarang, dia sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dalam perjalanannya bergelar guru,” tulis Ainun.

Dalam masa sama Ainun turut memberitahu yang dia menghantar abangnya ke universiti agar segalanya berjalan dengan lancar.

“Saya menghantar dia ke universiti untuk kursus itu. Walaupun dia lebih tua daripada saya, saya bertindak sebagai kakak hari ini, mengambilnya dari stesen bas dan menguruskan pendaftaran, memastikan semuanya teratur dan okey.

“Menurut ibu saya, dia dilahirkan normal, namun presentasinya songsang sehingga agak lambat dalam melahirkannya. Hal itu boleh menjadi punca dia mengalami masalah dalam pembelajaran. Ngaji molek Ed!” kongsi Ainun lagi.

BERITA TRENDING: Sekolah Menengah K-Pop Dibuka Di Busan Pada 2028!

Meninjau ruangan komen, ramai dalam kalangan pengguna media sosial memberikan semangat agar segalanya dipermudahkan untuk abang Ainun.

Sumber: Platform X