Berita
"Dugaan Demi Dugaan Yang Allah Beri Namun..." - Linda Rafar Hiba Menyambut Ramadan Tanpa Ibu
Selebriti Linda Rafar meluahkan rasa hiba bakal menyambut Ramadan tahun ini tanpa ibunya di sisi.
Menurut Linda, allahyarham ibunya serta keluarga sentiasa menjadi sumber kekuatannya sebelum ini.
Perkara itu diluahkan menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.
"Kejap je nak puasa lepas tu raya, tahun ni fasa baru nak lalui tanpa arwah mak.
"Nampak saya kuat, tapi saya ni yang paling lemah dan tak bermaya tanpa orang kuat di sisi.
"Hidup saya bergantung harap pada mak dan family, jika tiada mereka saya tak kuat, dugaan demi dugaan yang Allah beri namun saya sentiasa berfikiran positif dan yakin setiap kesabaran akan dibalas dengan ganjaran yang amat besar," tulisnya sebagai kapsyen.
Ibu Linda, Rasimah Abd Rahman telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 11 Januari lalu di sebuah hospital tempatan.
Must-Watch Video