Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Duit Berniaga Hilang Ketika Kemalangan, Azlan Komeng Rayu Dikembalikan - “Kami Harap Kejujuran Anda”

Ainun
17/10/2024 21:45 MYT
Pelakon, Azlan Komeng memberitahu dia masih belum menerima sebarang maklumat tentang duit perniagaannya bernilai kira-kira RM10,000 yang hilang semasa kemalangan pada Sabtu lalu.

Jelas Azlan, semasa kemalangan itu berlaku, kemungkinan duit tersebut tercampak keluar dari beg tangan isterinya, Nur Nilam Ortiz.

“Saya masih belum menerima sebarang berita. Mungkin mereka cuba menghubungi adik angkat saya, saudara Jalil, atau isteri saya, kerana duit itu disimpan dalam beg tangan isteri saya yang sudah diikat dengan getah.

“Jadi, semasa hentakan itu berlaku, mungkin duit itu tercampak keluar dari beg,” katanya kepada Gempak.

Justeru, pelakon itu berharap dan merayu agar duit itu dapat dikembalikan kepadanya semula.

“Kami mengharapkan kejujuran daripada orang yang menemui duit itu.

“Kami akan berbesar hati jika anda mengembalikannya.


“Alhamdulillah jika anda melakukannya; jika tidak, kami tidak mampu memaksa anda,” jelasnya.

Terdahulu, Azlan Komeng pernah berkongsi detik cemas ketika terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulan ke Kuala Lumpur dari Pahang bersama isteri, Nur Nilam Ortiz.

BERITA TRENDING: Batik Corak Venom Curi Perhatian Netizen! - "Bangganya Dengan Batik Malaysia"

BERITA TRENDING: J-Hope BTS Selesai Jalani Latihan Ketenteraan

BERITA TRENDING: Tak Pernah Keluar Duit Untuk Keperluan Rumah, Ini Pesanan Neelofa Untuk Pasangan Bakal Berkahwin - “You Nak Kahwin, Husband Kena Sediakan Rumah…”

BERITA TRENDING: Misteri Kemunculan Ratusan Bebola Tar Di Tepi Pantai

#Kemalangan #Azlan #Duit #Hilang #Beg #Komeng #tercampak
;