,
Viral

"Duit Dia Suka Hati Dialah!" - Banglo Tauke Dodol Jadi Tumpuan Netizen, Samakan Seperti Kek Pandan & Cendol Jagung

Amri Hassan
10/03/2020
07:12 MYT
Sebuah banglo dimiliki oleh pengusaha dodol dan serunding di Pasir Mas, Kelantan menjadi tumpuan netizen apabila memaparkan seni bina yang unik.
Banglo milik pasangan Sulaiman Ismail dan Wan Sabariah Wan Ali itu persis mahligai Bollywood dan dihiasi dengan cat berwarna hijau selain ukiran kapur emas.
Malah, menerusi dekorasi dalaman banglo itu seperti yang dikongsikan oleh Twitter @twthartanah, kebanyakan perabot dan rekaan dalaman pun melengkapi gaya unik si pemilik.
Bisnes serunding dan dodol. Rezeki di mana-mana. pic.twitter.com/D3HlJ4PE17— Urban Hartanah (@twthartanah) June 12, 2017 Namun, perkongsian itu mendapat kritikan segelintir netizen yang menyifatkan citarasa pemilik banglo itu amat mengecewakan.
Hinggakan ada yang menyamakan banglo itu seperti kek pandan, cendol jagung, kuil, rumah jin dan istana jawa.
Walaubagaimanapun, ada kisah lain di sebalik pemilihan warna dan rekaan banglo unik itu.
Memetik laporan Berita Harian, kediaman itu telah dibina sejak tahun 1987 dari keringat berniaga dodol dan serunding.
"Isteri saya terlalu meminati emas sejak muda menyebabkan keseluruhan ukiran yang digunakan di rumah ini berwarna emas. Warna emas itu digabungkan dengan dinding rumah berwarna hijau iaitu warna kegemaran isteri.
"Segala-galanya saya serahkan kepada isteri untuk menghias rumah kami. Selain minat terhadap barang kemas, isteri juga banyak melihat majalah dan televisyen yang mempunyai kaitan dengan menghias rumah sebelum mengaplikasikan kepada kediaman kami," kata Sulaiman sebelum isterinya itu meninggal dunia.
Kediaman itu didiami sembilan beranak dan mempunyai tujuh ruang tamu, tujuh bilik tidur, tujuh bilik air dan dua ruang dapur.
Saksikan rancangan dekorasi ruang dalaman rumah yang pernah ditayangkan di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Didakwa Amal Ilmu Hitam, 5 Individu Dipukul Sampai Mati

gempak
15/09/2024
20:38 MYT
Lima orang termasuk tiga wanita dipukul sampai mati kerana didakwa mengamalkan ilmu sihir di negeri Chhattisgarh di tengah India, pada Ahad.
Viral

Bulu Masih Di Bibir, Wanita Makan Kucing Hidup-Hidup

gempak
15/09/2024
18:39 MYT
Seorang wanita ditahan dengan helaian bulu kucing berada pada bibir dan darah di tangannya, di sebuah kawasan perumahan di Canton, Ohio, lapor akhbar Metro UK baru-baru ini.
Berita

Long Weekend! 2.2 Juta Kenderaan Keluar Ibu Kota, Lebih Tinggi Dari Cuti Hari Raya

gempak
15/09/2024
14:56 MYT
Peningkatan trafik yang tinggi berikutan pergerakan kenderaan keluar daripada ibu kota sempena cuti panjang dilaporkan lebih meningkat berbanding musim perayaan.
Berita

Terseret Bawah Treler, Peserta Himpunan RXZ Maut Elak Patung Penyu Di LPT2

gempak
15/09/2024
14:28 MYT
Gara-gara mengelak patung replika penyu yang terjatuh di atas lebuh raya, seorang peserta RXZ Members 6.0 maut dalam kemalangan di Kilometer 379.5 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Ajil menghala ke Bukit Besi, Terengganu pada Ahad.
Hollywood

Mariah Carey Memang Diva, Panjat Tembok Besar China Pakai Kasut Tinggi 5 Inci

gempak
15/09/2024
12:29 MYT
Great Wall of China atau Tembok Besar China menjadi destinasi pelancongan yang cukup ikonik untuk dilawati.