Seorang peniaga yang dikenali sebagai Zul terkejut apabila tetamu yang disangkakan mengetuk pintu rumahnya rupa-rupanya seekor ular tedung selar!

Berkongsi perkara terbabit di Facebook baru-baru ini, cerita Zul dia terkejut apabila rumahnya didatangi haiwan berbisa itu.

"Allahuakbar! Dia suka sungguh duk tempat sejuk.

"Tak tahu nak habaq lah kalau buka-buka pintu dia duk sila panggung depi kita.

"Duk ketuk pintu rumah ingatkan tetamu. Allahuakbar minta jauhlah benda-benda macam ni," tulisnya.



Zul turut menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dan berhati-hati.

"Hati-hati noh ampa semua. Tempat-tempat sejuk ni dia cukup suka," pesannya.

Ular tedung selar yang ditangkap itu berada di sebalik kolam pancuran air tiruan bersebelahan pintu kaca rumahnya.

Perkongsian itu mencetuskan kebimbangan ramai hingga ada yang beranggapan ular tedung selar akan kembali ke tempat terbabit untuk mencari pasangannya yang hilang.

"Biasanya ular ni ada pasanga. Pasangannya akan carilah nanti kat rumah ni, dia boleh bau itu pasangannya pernah datang," kata Suhana Hamid.

Sumber: FB Zul Agro Tani