Sebagai seorang isteri, pelakon Memey Suhaiza sentiasa memantau pemakanan suaminya, Norman Hakim yang sedang mengamalkan diet sihat.

Menerusi perkongsian terbaharu di akaun Instagram miliknya, Memey memaklumkan sejak mengamalkan diet, kadar kolestrol suaminya sudah berkurangan.

“Bersiap lebih awal sikit sebab pap shooting outstation. Bila kena berjauhan benda paling risau adalah makanan.

“Sebab dia masih lagi dalam fasa eat clean. So mummy pantau selalu. Latest check up bacaan kolestrol dari dulu 6.3 sekarang dah jadi 1.9, happy sangat dia,” tulisnya.

A post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza)

Dalam pada itu, Memey juga berkongsi resepi-resepi sihat yang menjadi hidangan Norman

“Jadi siapa yang kolestrol tinggi tu jaga makan. InsyaAllah mesti boleh dapat.

Journey contoh-contoh food ni mummy ada share dekat highlight #masakcaramemey. Semua konsep rebus, bakar, grill,” kongsinya.

Sebelum ini, Norman pernah berkongsi dia terkejut apabila disahkan mempunyai kolestrol tinggi dalam badan.

BACA: “Saya Yang Kaki Fitness Pun Kolestrol Tinggi” - Norman Hakim Berjaya Turunkan Bodyfat Jadi 2.3 Peratus, Nasihat Jangan Takut Chek Badan