Laman Utama
“Saya Yang Kaki Fitness Pun Kolestrol Tinggi” – Norman Hakim Berjaya Turunkan Bodyfat Jadi 2.3 Peratus, Nasihat Jangan Takut Check Badan
Pelakon Norman Hakim, menasihatkan orang ramai supaya jangan takut membuat pemeriksaan kesihatan untuk memastikan diri berada pada tahap yang memuaskan.
Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram, Norman berkongsi kisah benar yang berlaku pada dirinya untuk dijadikan iktibar buat orang ramai.
Menurut Norman sebagai seorang yang sangat menjaga kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat, dia juga terkejut apabila disahkan mempunyai kolestrol tinggi dalam badan.
“Saya bukan saja-saja nak rendahkan bodyfat atau nak kejar 8 packs semata-mata, tapi percaya atau tak, saya ada isu kolestrol sangat tinggi.
“Kolestrol saya mula naik awal tahun lepas (5.3 at 5/2/20). Masuk pertengahan tahun lepas (4/8/20) makin naik (6.2) sampai la ke awal tahun ni (6.6 at 30/3/21) dah cecah ke ‘boarder line’.
“Doktor cakap kalau pertengahan tahun ni tak turun jugak, saya kena buat angiogram untuk check takut ada blockages sebab saya dalam circle faktor keturunan.
“Saya curious sebab saya yang kaki fitness yang agak hardcore pun terjebak dalam isu kolestrol tinggi. Pendekkan cerita doktor jumpa selain dari faktor keturunan, faktor pemakanan adalah penyumbang utama,” kongsinya.
Tambah Norman selepas mendapat tahu keputusan tersebut, dia teurs menukar corak pemakanan dan rutin senaman.
“Balik dari check-up selepas 30/3/20 saya terus buat immediate ‘things must do’ action. Pertama terus hubungi sifu fitness Abang Wan Popeye untuk consult, tukar rejim latihan dan piramid pemakanan saya.
“Dan isteri @memeysuhaiza ambil alih sebab saya perlukan pengambilan kalori yang lagi tinggi. Setiap makanan harian coach @dpopeyegym akan monitor apa yang boleh dan tak boleh sampai isteri betul-betul mahir untuk menyediakan setiap hidangan saya.
“Cara senaman saya pun ditukar kepada intense training similiar macam #tabata secara teori dan praktikal,” coretnya.
Bagaimanapun, Norman berkata dia berasa sangat bersyukur apabila usahanya itu membuahkan hasil kerana tahap kolestrol dalam badannya menurun selepas membuat pemeriksaan kesihatan yang terkini.
“Bila sampai masa untuk the next check-up (21 & 22/6/21) memang seram tapi ada keyakinan yang kolestrol akan drop.
“Tapi Maha Kuasa Allah tak sangka dia punya drop to the maksimum, dari last reading 6.6 turun ke 2.3. Doktor pun terkejut tanya apa yang saya buat.
“Saya pun kongsi dari A sampai Z. Alhamdulillah. The moral is do not ever take thing for granted. Sama-sama kita ambil precautions okay. Prevention is better than cure,” kongsinya.
Must-Watch Video