Laman Utama
“Dulu Kami Selalu Dating Dekat…” – Comel Sangat! Rupanya Kopi Satukan Cinta Awal Ashaari Dan Scha
Impian pengacara popular Awal Ashaari untuk membuka sebuah kedai kopi, The Great Coffee Club akhirnya menjadi kenyataan apabila berjaya membuka cawangan pertama di Menara U, Seksyen 13, Shah Alam.
Menurut Awal, kopi memiliki nilai sentimental kepada dirinya memandangkan air kegemaran ramai itu turut menyatukan hubungannya dengan isteri tercinta, Scha Al Yahya.
“Saya dan Scha memang penggemar kopi. Kalau nak ‘throwback’ kisah cinta saya bersama Scha dulu pun, kami selalu ‘dating’ di sebuah kedai kopi di Bangsar.
Advertisement
“Jadi boleh dikatakan kopi ini menyatukan saya dan Scha kerana kami berdua berkongsi air minuman yang sama.
“Malah setiap kali kami melancong ke luar negara, perkara pertama yang kami akan kunjungi adalah kedai kopi kerana nak rasa kelainan di setiap lokasi.
“Hari ini saya sangat terharu kerana impian yang dah lama saya tunggu akhirnya menjadi kenyataan dan segala proses berjalan dengan pantas,” katanya ketika ditemui pada majlis pembukaan cawangan pertama kedai kopi, The Great Coffee Club, Seksyen 13, Shah Alam, di sini, hari ini.
Menurut Awal, dia memilih Shah Alam sebagai lokasi pertama kedai kopi miliknya kerana menepati target pasaran dan lokasinya yang strategik.
“Saya memilih Shah Alam kerana lokasinya yang dekat dengan beberapa buah universiti selain menepati target pasaran.
“Kalau kita lihat tidak banyak kafe atau kedai kopi yang seumpama dengan kedai saya. Jadi sebagai permulaan saya pilih Shah Alam.
“Malah kedai kopi ini juga boleh menjadi lokasi untuk pelajar universiti ‘healing’ atau bersantai. Sebab itulah rekaan kedai kopi ini sangat dekat dengan jiwa muda selain semua orang boleh datang nikmatinya,” katanya.
Dalam masa sama, Awal memberitahu, dia kini sedang dalam perancangan untuk menjadikan kedai kopi itu sebagai lokasi program poscast kendaliannya, The Great Coffee Talk.
“Insha-Allah perancangannya selepas Aidilfitri ini. Saya nak buat podcast yang akan disiarkan di platform YouTube dan media sosial.
“Mengikut perancangan awal saya nak jemput individu yang dapat memberikan inspirasi setiap minggu untuk berkongsi kisah hidup dan kejayaan mereka,” katanya.
Must-Watch Video