Selepas dibenarkan untuk menyambung semula aktiviti menyerahkan sumbangan kebajikan kepada individu terkesan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Ebit Lew telah memberi semangat terbaru kepada pengikut di laman sosial Facebook (FB).

Menerusi perkongsian tersebut, Ebit berdiri berlatar berlakangkan kediaman jenis banglo dan duah buah kereta bersama isterinya.

Menerusi perkongsian tersebut Ebit mengucapkan syukur kerana diberikan rezeki mencurah-curah oleh Allah SWT, berkat doa orang ramai.

Ebit turut menjawab persoalan sesetengah individu yang meragui dirinya sebelum ini.

Pendakwah dan penceramah motivasi itu turut bercerita tentang kepayahan hidupnya suatu ketika dulu termasuk pernah tidur di masjid.

Beliau juga pernah ditegur kerana masih mahu membantu orang yang tidak berkemampuan walaupun diri sendiri tidak cukup makan, sehingga dikatakan sebagai seorang yang bodoh.

“Dulu ingat lagi selalu bila jumpa orang susah baju buruk pergi masjid. saya tanggal jubah saya beri dekat dia. Dia nak selipar beri selipar. Sampai orang kata saya bodoh. Kau susah nak tolong orang. Saya sedih. Tapi saya yakin Allah pasti balas. Sekarang anak jalanan saya bawa shoping dekat Sogo.

“Syukur pada Allah yang Maha Kaya dan Maha Penyayang. Berkat doa mak ayah. Berkat cinta kasih sayang pada bidadari. Doa ramai orang baik-baik. Allah beri rezeki mencurah-curah. Ramai tanya saya soalan bukan-bukan. Saya bekerja dan berniaga dah lebih 10 tahun.

“Dulu saya tidur masjid. Pernah tidur atas guni. Dari kecil berdakwah dan menyebarkan kasih sayang. Soalan paling banyak saya dengar nanti kau sibuk tolong orang sana sini habis hilang dunia.

“Kau nak jadi apa dah besar. Sampailah universiti. Ramai tak nak ambil saya kerja sebab selekeh. Dengan janggut kopiah lagi. Kasut pun buruk…” kongsinya.

Kini Ebit mampu memiliki perniagaan sendiri dengan membuka tiga buat restoran Paramount Coffee House, butik menjual pakaian patuh Syariah dan berjaya menulis 9 buah buku yang laris jualannya.

“Saya ada 3 restornn Paramount Coffee House. Sebenarnya dah plan nak buka seluruh Malaysia. Dan nak buka di luar negara. Belum sempat jer. Butik hari pertama buka sale habis jubah semua. Selepas itu makin semangat.

“Syukur rezeki makin melimpah ruah. Saya tulis 9 buku. Semua buku laris. Buku yang dah 8 tahun tulis masih laris sampai sekarang,” katanya.

Perkongsian Ebit itu telah menerima reaksi positif pengikut di FB yang rata-ratanya memuji sikap tidak putus asa beliau sehingga berjaya mengubah hidup daripada seorang yang tidak berharta sehingga menjadi seperti sekarang.

Apa yang penting kata mereka, Ebit Lew tidak lupa kepada orang-orang yang memerlukan walaupun sudah mengecap kemewahan.