Hiburan
“Dulu Suka Marah-Marah Dia, Tapi Aeril Tenang Je” – Wawa Zainal Sebak Terkenang Waktu Awal Perkahwinan
Pelakon, Wawa Zainal sebak apabila terkenang detik awal perkahwinannya bersama aktor Aeril Zafrel.
Wawa berkongsi ceritanya itu menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya semalam.
Menurut Wawa, doa bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang penyabar seperti Aeril.
“Cried a lot bila tengok muka kesian Anas / Aeril macam ni sebab masa awal perkahwinan dulu I harimau jugak.
“Suka marah-marah dia, biasa la masa tu budak-budak, tak matang (tapi tak ada lah teruk macam cik Lisa tu).
“Tapi Aeril tenang macam tu la reaction dia sama macam dalam tv. Sabar je dengan perangai isteri dia. Nasib baik la I insaf cepat, jadi isteri yang baik dah.
“Korang tanya ada ke lelaki sebaik Anas? Yang tak melukai hati isterinya, ada-ada je... Kalau ada tu hargai la.
“Jangan sesekali sia -siakannya. Eh rindunya dengan @aeril_zafrel. Tengok dalam tv jela mampu,” tulisnya.
Terdahulu, Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar, 6, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4.
Dalam perkembangan terbaru, Wawa kini sedang hamil anak ketiga selepas empat tahun menanti.
Foto: Instagram @w4w4_zainal
Must-Watch Video